Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Pendaftaran Vaksinasi Lembab: Razeef Bidas Khairy, Hajiji

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 28 Mei – Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah, Razeef Rakimin membidas Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berikutan kelembapan proses pendaftaran vaksinasi untuk rakyat di negeri ini.

Razeef merujuk kepada statistik pendaftaran program vaksinasi yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), semalam.

Beliau berkata, Sabah hanya mencatat 17.56% pendaftaran bersamaan 515,124 orang daripada tiga juta rakyat negeri ini.


Bagaimanapun katanya, setakat ini hanya 4.13% telah menerima vaksin pertama dan kedua, angka yang sangat rendah berbanding negeri lain di Semenanjung termasuk Sarawak.

“Angka ini sangat rendah jika dibandingkan dengan negeri lain di negara ini. Saya ingin mempersoalkan kelemahan kerajaan negeri dalam menggerakkan pendaftaran program vaksinasi ini,” katanya.

Tambahnya lagi, pada 31 Mac lalu dalam satu kenyataan, beliau telah mendesak kerajaan negeri untuk mempergiatkan lagi usaha pendaftaran program vaksinasi terutama kawasan pendalaman serta kawasan yang tidak mempunyai capaian internet.

“Pada ketika itu, hanya 11.03% penduduk Sabah telah mendaftar. Amatlah mengecewakan setelah dua bulan hanya 6.53% pertambahan dapat dilihat dan kerajaan negeri seolah tidak mengambil peduli pendaftaran program vaksinasi yang dijalankan bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19 ini,” ujarnya lagi.


Beliau juga menyatakan kekecewaan terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang merupakan Menteri Penyelaras program vaksinasi, Khairy Jamaluddin apabila beliau mengumumkan pendaftaran tempahan vaksin COVID-19 AstraZeneca pusingan kedua yang dibuka kepada orang ramai berusia 60 tahun ke bawah, tidak melibatkan negeri Sabah sebaliknya hanya melibatkan negeri Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.

Tambahnya lagi, Sabah sering ditinggalkan setiap kali inisiatif-inisiatif yang baik disediakan seolah kerajaan persekutuan menganggap negeri ini tidak begitu penting.

Beliau yang turut mewakili AMK Sabah mendesak Hajiji untuk menjelaskan hala tuju serta inisiatif kerajaan negeri dalam menggerakkan pendaftaran program vakainasi di seluruh negeri Sabah.

“Kita juga mendesak kerajaan negeri Sabah untuk mencari penyelesaian berkaitan isu ini dalam kadar segera kerana kita khuatir ia akan menjadi sukar di peringkat pelaksanaan terutama dalam mendaftar penerima vaksin di kawasan pendalaman,” tegasnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER