Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Kenapa Begitu Cepat SPRM Tahan Tajuddin?

Kongsikan Artikel Ini

Tajuddin Abdul Rahman diberikan surat pemecatan sebagai Pengerusi Prasarana Bhd pada lewat petang Rabu, 26 Mei iaitu ketika cuti umum Hari Wesak.

Semalam 27 Mei, beliau diberitakan pergi ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan berhubung dakwaan tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbarnya berkaitan perlanggaran tren LRT pada pagi 25 Mei lalu.

Tetapi, yang tersembunyi rupa-rupanya semalam juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah dipanggil ke pejabat SPRM untuk disiasat berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

Berita mengenai penahanan Tajuddin oleh SPRM itu hanya mula tersebar pagi tadi, 28 Mei iaitu dua hari selepas beliau dipecat pada 26 Mei.

Bagaimanapun, dilaporkan Tajuddin telah dibebaskan dengan jaminan lisan oleh SPRM selepas keterangannya diambil.

Beberapa rakan dalam UMNO menyebut adalah dijangkakan Pengarah Pilihanraya UMNO itu akan didakwa di mahkamah dalam waktu terdekat ini.

Perbualan di sekitar PWTC di mana terletaknya Ibu Pejabat UMNO juga difahamkan rata-ratanya percaya pendakwan akan menyusul terhadap beliau.

Begitu pun, SPRM sehingga ini masih lagi berdiam diri dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penahanan Tajuddin.

Persoalan yang timbul di sini ialah, mengapa Tajuddin begitu cepat ditahan dan disiasat SPRM yang mana ia berlaku hanya sehari selepas dipecat sebagai Pengerusi Prasarana Bhd?

Jika beliau dipecat kerana sikap dan perlakuannya dalam sidang media yang dianggap memalukan kerajaan, mengapa pula SPRM menyiasat dan menahannya hanya sehari selepas disingkirkan?

Benarkah Tajuddin dipecat kerana sikap dan perlakuannya yang dilihat mengarut dan dianggap tidak wajar dalam sidang media berhubung kemalangan tren LRT?

Jika benar itu alasannya, kenapa SPRM begitu cepat menahan dan menyiasatnya berkaitan dakwaan rasuah?

Apakah sebenarnya kes rasuah Tajuddin memang sudah di peringkat akhir untuk menuju pendakwaan dan perlakuannya yang tidak wajar ketika sidang media itu hanya merupakan alasan saja untuk memecatnya?

Jika begitu, apa nasib Pengarah Pilihanraya UMNO itu selepas ini?

Apakah Tajuddin merupakan pemimpin terbaru UMNO yang akan senasib dengan Zahid Hamidi, Najib Razak dan lain-lain pemimpin parti itu yang akhirnya terpaksa bergelut dengan dakwaan rasuah di mahkamah?

Shahbudin Husin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER