Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Tajuddin Kini ‘Popular’ Di United Kingdom!

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 27 Mei – Penamatan khidmat (baca: pemecatan) Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman semalam, turut mendapat perhatian sebuah akhbar berbahasa Inggeris di United Kingdom (UK).

Difahamkan keratan akhbar London Metro News yang kini tular di media sosial menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa terutama di UK.

Tajuddin dipecat berikutan sidang media berbaur jenaka yang diadakan susulan perlanggaran dua buah tren LRT yang memyebabkan kemarahan rakyat.

Petisyen atas talian yang dilancarkan turut menerima maklum balas luar biasa dengan lebih 70,000 telah menandatanganinya sejak dimulakan beberapa hari lalu.

Ahli Parlimen Pasir Salak dari UMNO itu turut disiasat polis apabila tidak memakai pelitup muka ketika sidang media berkenaan dan siasatan dijalankan IPD Dang Wangi.

Difahamkan surat pemecatan Tajuddin yang tular di media sosial juga tersebar hingga ke luar negara menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak malam tadi.

Tajuddin turut berada dalam ‘radar’ netizen apabila isu rumah mewah di sebuah kawasan elit di Kuala Lumpur turut mendapat perhatian netizen gara-gara alamat yang tertera pada surat pemecatan yang ditandatangani Menteri Kewangan (Diperbadankan), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, semalam.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER