Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Skandal 1MDB: Lembaga Pengarah Sembunyikan Fakta Dana AS$3 bilion Di Switzerland Milik UMNO

Kongsikan Artikel Ini
Kesemua Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad mengetahui dana AS$3 bilion yang disimpan di Bank BSI, yang berpangkalan di Switzerland, merupakan milik UMNO, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saksi ke-10 pendakwaan, Mohd Hazem Abdul Rahman, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB berkata, kesemua ahli Lembaga Pengarah telah melibatkan diri dalam ‘sandiwara’ bagi memastikan fakta berhubung dana itu tidak dimasukkan ke dalam rekod syarikat.
Ketika menjawab soalan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, Mohd Hazem memberitahu perkara itu dimaklumkan kepada beliau sendiri oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, serta ketua setiausaha sulit kepada Datuk Seri Najib Tun Razak Ketika itu, iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias.
Mohd Hazem: Skema ini tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam rekod.
Wan Aizuddin: Anda menyatakan ini semua adalah konspirasi yang diketahui semua ahli Lembaga Pengarah?
Mohd Hazem: Ya.
Wan Aizuddin: Arahan Lembaga Pengarah 1MDB kepada pengurusan untuk mencairkan, dan membawa kembali dana itu, semuanya hanyalah sandiwara?
Mohd Hazem: Ya.
Mohd Hazem berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengapa beliau, berdasarkan butiran mesyuarat kembaga pengarah 1MDB bertarikh 27 Februari, 2014, tidak menyebut bahawa dana itu merupakan milik UMNO.
Perkara itu dibangkitkan oleh pihak pembelaan selepas keterangan bertulis Mohd Hazem sebelum ini, menyatakan dakwaan beliau bahawa dana dalam akaun BSI itu, kepunyaan UMNO.
Ketika disoal lebih lanjut, beliau mengakui bahawa butiran mesyuarat yang menunjukkan arahan Lembaga Pengarah 1MDB untuk mencairkan dana itu, adalah sandiwara semata-mata.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dana yang terlibat adalah sebanyak AS$3 bilion dan diterbitkan melalui bon, oleh 1MDB Global Investments Ltd (1MDB GIL) khusus untuk Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC) Ltd.
Untuk rekod, Admic Ltd merupakan syarikat usaha sama (JV) 50:50 antara 1MDB dan Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI).
Mengikut perancangan asal, penerbitan bon itu, adalah khusus untuk pembangunan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur, namun tidak diteruskan selepas ADMIC menjadi tidak aktif, biarpun dana itu telah diterbitkan sepenuhnya.
Dalam pada itu, Mohd Hazem mengakui, beliau bagaimanapun tidak pernah mendengar sendiri dari Najib, bahawa dana itu kepunyaan UMNO, biarpun pernah bertemu dengan Ahli Parlimen Pekan itu beberapa kali.
Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, akan bersambung semula Isnin depan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Presiden Pas itu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Okt – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan membela diri atas tuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan wang dan pengubahan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 27 Okt – Penyandang kerusi parlimen Pekan, Najib Razak yang kini dipenjarakan, gagal dalam permohonannya untuk dibenarkan hadir di parlimen...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniLABUAN, 25 Okt – Seorang petugas imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4,750. Rafidah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER