Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Kekalahan Manchester United Sudah Dijangka

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 27 Mei – David de Gea boleh memastikan kejayaan dalam Liga Europa buat Manchester United jika dia mengikut arahan menyelamatkan sepakan penalti ketika tewas berdepan Villarreal.

Bagaimanapun, Gerard Moreno meletakkan skuad Sepanyol itu di depan sebelum Edinson Cavani menyamakan kedudukan di babak kedua, walaupun kedua-dua pasukan tidak menemui gol kemenangan hingga ke masa tambahan yang kemudiannya ditentukan menerusi sepakan penalti.

De Gea, yang tidak pernah menyelamatkan penalti sejak 2016, gagal menyekat semua 11 sepakan dan kemudian gagal menyempurnakannya sendiri menyebabkan Villarreal berjaya meraih kemenangan.

Namun ia pastinya berbeza jika De Gea mengikut arahan menerusi nota diberikan dengan pemain berusia 30 tahun itu hanya mengikut arahan hingga penalti keenam.

Ketika dua sepakan pertama diambil, Moreno dan Dani Raba, kedua-duanya menyepak ke sudut berlainan dengan kakitangan kejurulatihan penjaga gol United dan De Gea ramalkan, nota berkenaan mengenalpasti dengan tepat tiga daripada empat sepakan seterusnya.

Menurut arahan, De Gea perlu melayangkan badan ke kanan bagi sepakan Paco Alcacer dan Alberto Moreno namun gagal menyelamatkannya.

Moi Gomez melakukan sepakan seperti diramalkan nota dan terus ke tengah.

Masalah buat United ialah De Gea, buat pertama kali dalam penentuan penalti itu, tidak menghiraukan arahan dan melayangkan badan ke kiri, jika ia kekal, ia mungkin boleh menjadi latihan buat penjaga gol itu.

Ramalan pakar bola sepak juga dilihat tepat apabila mereka meramalkan Villarreal mampu bertahan dan mereka berjaya

– Agensi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER