Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Jika Tidak Keluar Sekarang, Lebih Banyak Kegagalan Pengkhianat [email protected] Akan Ditanggung UMNO

Kongsikan Artikel Ini

Berikutan pemecatan Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana Bhd semalam, banyak pihak merasakan inilah masa yang paling sesuai untuk UMNO secara en bloc segera menarik diri daripada terus berada dalam kerajaan PN.

Pemecatan yang dianggap menghina dan memalukan UMNO itu memberi makna tiada guna lagi UMNO dan BN terus memberi sokongan kepada PN dan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana kerajaan PN jelas tidak lagi menghormati kedudukan UMNO sebagai pemegang saham terbesar dengan jumlah Ahli Parlimen paling ramai dalam pembentukan kerajaan yang memberi peluang kepada Mahiaddin dilantik sebagai ketua kerajaan pintu belakang.

Bukankah lebih manis jika Tajuddin tidak dipecat, sebaliknya dipanggil sama ada oleh Mahiaddin atau Tengku Zafrul dan kemudian dinasihatkan agar meletakkan jawatan secara baik?

Tidakkah meminta Tajuddin meletak jawatan ternampak lebih sopan dan beradab berbanding memecatnya?

Lagi pun, kalau mahu dikata Tajuddin gagal dalam tugasnya sebagai Pengerusi Prasarana, apakah Mahiaddin tidak gagal?

Lebih jauh lagi, bukan saja Mahiaddin lebih gagal kalau mahu dibandingkan dengan Tajuddin, malah dalam #KerajaanGagal ini semua yang ada jawatan dalam kerajaan adalah juga dianggap gagal secara kolektifnya.

Maka, kenapa hanya Tajuddin saja yang diambil tindakan pecat?

Daripada sudut yang lain, dengan logiknya pemecatan Tajuddin oleh Tengku Zafrul itu mesti setelah mendapat restu dan kebenaran daripada Perdana Menteri terlebih dahulu, tindakan terhadap Pengarah Pilihanraya UMNO itu juga seperti suatu cabaran dan ajakan bergaduh secara terang-terangan oleh PN.

Soalnya, apakah Tajuddin dan UMNO hanya mampu berdiam diri saja?

Tidak cukup dengan surat pemecatan dikeluarkan ketika cuti umum Hari Wesak dan setelah Najib Razak menyampaikan permohonan maaf bagi pihak Tajuddin, sebaliknya yang lebih menghina lagi ialah kerana Tengku Zafrul yang memecat itu tiada apa-apa jawatan dalam mana-mana parti dan tidak mustahil merupakan seorang yang tidak berparti sama sekali.

Dengan diperlakukan sebegitu rupa, adalah jelas UMNO sebagai parti terbesar dan mempunyai sejarah harum dalam di negara ini telah diaibkan seolah-olah tiada harga langsung.

Dengan semua keadaan itu, ditambah kerajaan PN ini sudah terlalu banyak kegagalannya, langkah terbaik ketika ini ialah UMNO harus segera menarik diri dan mengumumkan keluar daripada kerajaan PN.

Sama ada PRU atau pertukaran kerajaan akan berlaku, perkara itu biarlah menjadi kebijaksanaan Agong mempertimbangkannya.

Tetapi yang penting, terus menyokong dan bersama kerajaan PN ini adalah suatu yang tidak munasabah lagi dilakukan oleh UMNO.

Tiada guna dan tiada makna lagi jika UMNO ingin lebih lama berada dalam #KerajaanGagal ini dan terus memberi sokonga kepada Mahiaddin.

Bahkan dengan trend yang semakin beralih untuk menyalahkan UMNO dan menteri UMNO dalam isu SOP dan vaksin (Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin), ditakuti lebih lama UMNO berada bersama kerajaan, lagi banyak palitan kegagalan yang terpaksa UMNO tanggung berbanding Bersatu.

Jika terlalu banyak beban kegagalan kerajaan PN terpaksa ditanggung, sementara keputusan putus hubungan dengan Bersatu sudah sedia dimuktamadkan yang disertai dengan keinginan untuk membawa UMNO kembali dominan, soalnya bagaimanakah kejayaan yang diimpikan itu mampu dicapai dalam keadaan sebegitu?

Shahbudin Husin 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN Oleh: Razeef Rakimin Ahad 04 Disember 2022 SANUSI KETERLALUAN LABEL PENYOKONG SENDIRI SEBAGAI PENGEMIS, BODOH Saya...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 4 Dis – Terasa lucu pula bila membaca kenyataan Mahiaddin Md Yasin yang mengecam susunan kabinet Anwar Ibrahim sebagai paling mengecewakan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 2 Dis – Subsidi dan pembaharuan fiskal dijangka menjadi cabaran paling besar kepada kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10,...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 1 Dis – Meneliti perbualan telefon Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah beberapa...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER