Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Cabaran Getir Menanti 32.75 Juta Rakyat Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 27 Mei – Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.75 juta pada suku pertama 2021, meningkat 0.4 peratus daripada 32.62 juta bagi tempoh sama setahun lalu, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bagi suku pertama 2021, jumlah itu merangkumi 29.91 juta atau 91.3 peratus warganegara dan baki 2.84 juta orang atau 8.7 peratus lagi merupakan bukan warganegara.

Penduduk lelaki mengatasi wanita, masing-masing berjumlah 16.83 juta dan 15.92 juta, katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ini sekaligus memberi cabaran baharu kepada rakyat kerana pertambahan signifikan ini berlaku di saat negara masih bergelut mencari penyelesaian akibat pandemik Covid-19.

Difahamkan kegagalan kerajaan menyumbang kepada peningkatan cabaran memastikan kos sara hidup diturunkan dalam keadaan rakyat semakin hilang pekerjaan.

Mohd Uzir berkata, komposisi penduduk berusia 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 2.26 juta orang kepada 2.37 juta bagi tempoh sama.

“Trend ini seiring dengan negara-negara membangun lain yang menuju ke arah populasi menua,” katanya.

Bagi tempoh itu juga, populasi berusia 0 hingga 14 tahun menyusut kepada 7.56 juta berbanding 7.61 juta pada suku pertama 2020.

Pada suku pertama tahun ini, jumlah kelahiran hidup yang dicatatkan menurun 10.8 peratus kepada 102,969 kelahiran berbanding 115,439 kelahiran setahun lalu.

“Tidak ada ‘baby boom’ (kelahiran besar-besaran) pada suku pertama 2021 seperti yang dijangkakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan pandemik Covid-19,” katanya.

Sebanyak 43,545 kematian dicatatkan bagi suku pertama tahun ini, peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding 43,226 kematian yang dilaporkan pada tempoh sama tahun lepas.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER