Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

‘Selamat Tinggal Real Madrid’ – Zidane

Kongsikan Artikel Ini

MADRID, 26 Mei – Zinedine Zidane meletak jawatan sebagai pengurus Real Madrid hari ini berkuatkuasa serta merta, lapor media Sepanyol.

Ini kali kedua legenda bola sepak Perancis itu meletak jawatan sebagai pengendali Los Blancos selepas turut berbuat demikian sejurus selepas menjulang kejuaraan Eropah 2018.

Masa depan Zidane, 49, sebelum itu menjadi tanda tanya ekoran kegagalan Real menutup kempen tanpa sebarang trofi, dan dia akhirnya mengambil keputusan untuk menentukan masa depannya sendiri.

Real gagal mempertahankan kejuaraan La Liga selepas tewas dua mata kepada Atletico Madrid pada hari terakhir.

Zidane kembali ke kelab pada 2019 selepas penggantinya, Julen Lopetegui dan Santiago Solari gagal membawa Real ke tahap yang dimahukan.

Kepulangannya dua tahun lalu membantu mereka muncul juara La Liga selepas mengenepikan musuh ketat, Barcelona.

Bagaimanapun pada musim 2020/2021, Real buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad gagal menjulang sebarang trofi.

Selain kalah kepada Atletico dalam perebutan gelaran La Liga, mereka juga ditunjukkan jalan keluar oleh Chelsea pada separuh akhir Liga Juara-Juara, selain dimalukan kelab divisyen bawahan, CD Alcoyano dalam Copa del Rey.

Tiga nama kini disebut-sebut sebagai calon pengganti Zidane diketuai jurulatih berpengalaman Itali, Antonio Conte yang meninggalkan Inter Milan semalam tidak lama selepas membawa mereka muncul juara Serie A buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

Turut berada dalam senarai adalah bekas jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dan legenda Real serta Sepanyol, Raul Gonzalez. Allegri bagaimanapun menjadi calon pilihan untuk menggantikan Conte di Inter. – AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER