Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Djokovic Mula Langkah Kanan

Kongsikan Artikel Ini

BELGRADE, 26 Mei – Novak Djokovic mencatat kemenangan straight set ke atas wakil Jerman, Mats Moraing dalam aksi pembukaan di Belgrade di mana pemain nombor satu dunia itu sedang mempersiapkan diri menjelang Terbuka Perancis.

Aksi Grand Slam di gelanggang tanah liat di Paris itu akan bermula Ahad ini dan Djokovic memilih untuk melalui perlawanan latihan tambahan di laman sendiri minggu ini.

Pemain berusia 34 tahun itu menumbangkan pemain ranking ke-253 dunia 6-2, 7-6 (7/4) dalam aksi yang berlangsung selama satu jam 40 minit.

Ia adalah perlawanan pertama Djokovic sehak kalah dalam aksi akhir Terbuka Itali kepada Rafael Nadal sembilan hari lalu.

Nadal akan diletakkan sebagai pemain pilihan untuk merangkul kejuaraan Terbuka Perancis buat kali ke-14 bulan depan, tatkala Djokovic pula memburu kejuaraan Grand Slam kali ke-19 bagi merapatkan satu lagi kejuaraan untuk menyamai Nadal dan Roger Federer.

Bintang Serbia itu berada dalam prestasi terbaik ketika di set pembukaan namun dua kali servisnya dipatahkan Moraing pada set berikutnya sebelum memenangi perlawanan menerusi aksi tie break.

“Dua kali servis saya dipatahkan pada set kedua, mungkin saya boleh menyelesaikan tugas ini lebih awal. Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepadanya kerana beraksi dengan baik dan bersemangat,” kata Djokovic.

Dia akan berdepan pemain Argentina, Federico Coria, adik kepada bekas naib juara Roland Garros, Guillermo Coria di suku akhir.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER