Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Dah Tiada Tempat Lain Selain Portugal?

Kongsikan Artikel Ini

LISBON, 26 Mei – Portugal, Portugal, Portugal!

Selepas Lisbon, Portugal tahun lalu, kini tiba giliran Porto, juga di Portugal!

Sekali lagi Portugal menyelamatkan UEFA apabila menawarkan diri untuk menganjurkan final Liga Juara-Juara yang buat tahun kedua berturut-turut terpaksa melupakan Istanbul berikutan pandemik Covid-19 masih berterusan.

Ketika pandemik semakin reda, kebolehan menganjurkan perlawanan terbesar dalam saingan bola sepak kelab di Eropah dan hubungan baik antara persekutuan kebangsaan, FPF dan badan induk itu, Portugal menjadi pilihan terbaik bagi saingan antara Manchester City dan Chelsea.

“Sekali lagi kami berharap kepada rakan kami di Portugal bagi membantu UEFA dan Liga Juara-Juara dan saya, seperti selalu, sangat berterima kasih kepada FPF dan kerajaan Portugal kerana bersetuju menganjurkan perlawanan itu walaupun diberitahu dalam tempoh yang seingkat,” kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin.

Malang buat Istanbul, yang pada awalnya akan menjadi tuan rumah final 2020 sebelum diubah UEFA bagi saingan Liga Juara-Juara ke Lisbon pada Ogos, tiga bulan lewat daripada jadual.

Bandar di Turki itu diberitahu akan menganjurkan final musim ini namun ia mustahil dilakukan apabila kerajaan UK meletakkan Turki dalam senarai merah selepas City dan Chelsea mengesahkan semua pasukan England di final. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER