Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

‘Scammer’ Uji Kemampuan Siti Saleha

Kongsikan Artikel Ini

BANGI, 25 Mei – Pelakon Siti Saleha berharap dia tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian apabila membawa watak antagonis sebagai Amy yang bekerja sebagai peguam bela terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram secara rahsia menerusi drama bersiri Scammer.

Saleha berkata, tujuan dia menjayakan watak mencabar itu hanyalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kegiatan jenayah terbabit.

“Saya harap sebaik melakonkan watak ini saya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian. Saya jayakan watak ini dengan kerelaan hati dan terbuka bagi mengembangkan lagi bakat seni yang saya miliki. “Walaupun watak yang dibawakan ini jahat dan bahaya, tapi saya tidak bimbang atau memikirkan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Apa yang saya lakukan hanyalah sekadar lakonan semata-mata untuk memberi kesedaran kepada orang ramai,” katanya.

Menurut Saleha , demi menjayakan watak Amy dia sanggup memakai solekan yang tebal termasuklah kuku palsu.

Katanya, dia juga berhasrat untuk mewarnakan rambut bagi menampakkan kelainan tapi tidak tercapai. “Watak Amy memang sangat berbeza dengan watak yang saya pernah pegang sebelum ini. Ia memerlukan saya berdandan lebih sebab dia seorang yang sangat bergaya.

KAMAL Adli dan Saleha dalam drama Scammer.
KAMAL Adli dan Saleha dalam drama Scammer.

“Jadi, saya bersiap agak lama kerana memerlukan solekan tebal dan memakai kuku palsu. Ikutkan, saya nak warna rambut supaya nampak lain. Namun, disebabkan ketika itu keadaan PKP dan salun tidak dibenarkan buka, jadi tak tercapailah hasrat saya itu. Tapi, saya buat penyambungan bulu mata palsu untuk nampak kelainan,” katanya. ‘

Selain Saleha, drama arahan Norhanisham Muhammad itu turut menampilkan lakonan Kamal Adli, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Didie Alias.

Drama 20 episod terbitan Radius One Sdn Bhd itu mula menemui penonton semalam setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di Astro Ria.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKEMAMAN, 13 Okt – Komposer Wan Zul, 61, yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, di sini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniSEPANG, 4 Okt – Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang di sini, atas pertuduhan memuat naik...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Sep – Gelaran ‘Datuk Seri’ suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu ‘Datuk Seri’ Mahadi Badrul Zaman didakwa palsu. Isu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLOS ANGELES, 29 Sep – Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun, semalam. Menerusi laporan media...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER