Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

‘Terus Membalak Bersama Olarmak’

Kongsikan Artikel Ini

KUANTAN, 24 Mei – Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) telah bertindak atas aduan orang ramai terhadap gambar sebuah lori treler yang mengangkut kayu balak besar yang “mencurigakan” di kawasan rehat Lebuh Raya Pantai Timur menghala Barat, di Temerloh Pahang, semalam.

Jabatan itu dalam satu kenyataan bagaimanapun mengatakan bahawa daripada pemeriksaan, berdasarkan hantaran pengguna Facebook Khaidir Ahmad, mereka mendapati kayu itu tidak diambil dari mana-mana kawasan hutan di Pahang.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati, maklumat lori dan kayu yang dibawa bersamaan dengan yang dinyatakan dalam pas pemindah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

“Difahamkan bahawa, muatan ini akan dihantar ke sebuah kilang di Selangor,” kata JPNP.

JPNP juga mengatakan pihaknya menghargai aduan masyarakat yang membolehkan tindakan pantas diambil.

Ketika dihubungi, Khaidir juga mengatakan bahawa dia menyambut baik reaksi JPNP yang cepat dan “tidak emosional” untuk menjelaskan perkara-perkara itu.

Dia juga berkata kini tanggungjawab Jabatan Perhutanan Terengganu untuk mengeluarkan kenyataan.

“Saya berpuas hati dengan kenyataan profesional dan tidak emosional, yang juga menghargai usaha kami untuk membuat aduan.

“Tetapi sekarang giliran Terengganu untuk memberi komen … Rakyat sedang tunggu,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian peribadinya, Khaidir mengenal pasti kayu itu berasal dari pokok Chengal yang dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 500 tahun.

“Seharusnya tidak ditebang dan malah dilindungi sebagai khazanah negara untuk generasi akan datang.

“Pokok Chengal hampir pupus di Malaysia,” kata bekas wartawan penyiaran itu.

Dalam catatan Facebook yang berasingan, Khaidir, yang pada pilihan raya umum ke-14 yang lalu bertanding sebagai calon Bebas untuk P88 Temerloh dan N31 Lanchang, juga memberi respons kepada Exco Pahang, Shahaniza Shamsuddin yang mengulas isu itu.

Shahaniza dalam siaran di Facebook menyifatkan hantaran yang dibuat Khaidir mengenai perkara itu sebelum ini sebagai “fitnah”.

Shahaniza yang juga Adun Sentul menyatakan bahawa catatan Khaidir telah dikongsi lebih dari 3,000 kali dan telah menimbulkan pelbagai persepsi terhadap kerajaan negeri Pahang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER