Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Selepas Kelantan, Kini Melaka Pula Kritikal

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 24 Mei – Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi atau ICU COVID-19 di Hospital Melaka kini menghampiri paras amaran selepas 51 daripada 72 katil yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 di hospital berkenaan telah diisi setakat semalam.

Keadaan tersebut memaksa katil tambahan ICU ditempatkan di wad biasa memandangkan secara keseluruhan terdapat 145 pesakit termasuk pesakit biasa dirawat di ICU hospital itu berbanding kapasiti katil ICU yang hanya 114 buah.

“Perkara ini bukan mudah kerana ia memerlukan katil khas, peralatan lain dan banyak benda kena tetapkan. Ia tidak akan setara sangat dengan ICU sebenar,” kata kenyataan itu.

Setakat semalam juga seramai 116 pesakit COVID-19 bergelaja rendah telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

“Seramai 352 pesakit masih menunggu penempatan. Kita juga meneruskan penempatan di PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor dengan 301 pesakit di situ manakala seramai 350 pesakit menjalani isolasi secara persendirian.

Difahamkan tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di Melaka bagi melancarkan proses pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada rakyat di negeri ini.

Tiga daripada PPV itu mula beroperasi hari ini iaitu PPV Dewan Hang Tuah, PPV Dewan Create Simpang Ampat, Alor Gajah dan PPV Dewan Hj Ithnin, Merlimau.

Beliau berkata baki empat lagi PPV iaitu di Dewan CTRM Batu Berendam, Dewan MMU, Dewan MPHTJ Bukit Beruang dan Dewan UiTM Alor Gajah dijangka beroperasi pada 15 Jun.

“Harapan kita adalah dengan penambahan PPV ini, dijangka seramai 109,510 rakyat Melaka akan menerima vaksin. Ini bermakna 97 peratus daripada mereka yang layak bagi Fasa 2 dan telah mendaftar dalam MySejahtera akan menerima vaksin mereka menjelang 30 Jun 2021,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak empat kilang di Melaka iaitu masing-masing dua di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah telah diarah tutup sementara antara 21 Mei hingga 3 Jun berikutan peningkatan kes positif di premis berkenaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER