Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Rakyat Marah: #KERAJAANGAGAL Kini Sudah Naik Taraf Jadi #KERAJAANBODOH

Kongsikan Artikel Ini

Semakin tinggi angka kes Covid19 yang dilaporkan, dalam waktu yang sama, semakin meningkat juga Mahiaddin Md Yasin diserbu dengan tanggapan tentang kegagalannya sebagai Perdana Menteri.

Ditambah dengan pengenalan SOP baru PKP yang diperketatkan sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob semalam, kerajaan PN dan Mahiaddin kini lebih dihenyak dari segi kemampuannya dalam mentadbir negara ini.

Rata-rata rakyat biasa dan netizen tidak menerima dengan keyakinan bahawa SOP baru yang diperketatkan itu mampu membendung penularan wabak Covid19.

Di ketika virus tambah mengganas dengan varian baru yang lebih bahaya sehingga bukan saja angka kes bertambah, malah jumlah kematian semakin menakutkan di mana minggu lepas saja jumlahnya adalah 365 orang, rakyat kini sebenarnya amat bersedia menerima PKP penuh selama 14 hari, 21 hari atau sebulan sekali pun.

Mereka yakin berdasarkan PKP 1.0 yang berjaya menurunkan kadar kes, PKP 2.0 dan PKP 3.0 yang longgar dan separuh masak ini tidak akan membuahkan hasil diharapkan.

Kegagalan adalah lebih mungkin berbanding kejayaan di mana akhirnya PKP separuh masak akan terus bersambung demi bersambung hingga entah sampai bila.

Walaupun 80 peratus penjawat awam disyaratkan bekerja dari rumah dan pekerja swasta 40 peratus di bawah SOP ketat ini, tetapi bagaimana dengan pasar malam, kilang-kilang dan tapak pembinaan yang terus dibuka?

PKP penuh yang sedia dihadapi rakyat tentulah mesti disertai dengan bantuan kewangan dan makanan secara langsung yang harus disediakan oleh kerajaan, termasuk pengeluaran i-sinar dan i-lestari KWSP serta moratorium automatik.

Begitu pun, kerajaan enggan melaksanakan PKP penuh, meski itulah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan, lantaran lebih bimbang kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan industri jika ia dilaksanakan.

Ternampak kerajaan lebih sayangkan ekonomi mati daripada rakyat mati, sedangkan jika ramai rakyat yang mati, ekonomi juga akan mati kemudiannya.

Lagi pun, apakah dengan menutup kilang, tapak industri dan shopping mall paling lama hanya dalam tempoh sebulan, ia akan menyebabkan ekonomi lumpuh dan semua perusahaan itu tutup kedai terus?

Di sinilah pentingnya peranan kerajaan menyalurkan bantuan kepada semua yang terlibat dengan penutupan operasi itu demi memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi yang lebih berpanjangan.

Serentak tempoh tersebut, kerajaan harus meningkatkan program vaksinasi supaya virus Covid19 selepas itu lebih terkawal atau menjangkiti manusia hanya pada tahap rendah saja.

Jika kerajaan boleh membazir dengan membentuk kabinet paling besar, tetapi sebahagian besarnya tidak berfungsi dan hanya makan gaji buta, tidak terkecuali ada duta bertaraf menteri yang hanya duduk di rumah saja, kenapa Mahiaddin begitu kedekut untuk menyelamatkan nyawa rakyat terbanyak?

Bolehkah 70 orang menteri, timbalan menteri dan duta-duta bertaraf menteri itu saja yang menjamin nyawa politik Mahiaddin selama-lamanya berbanding undi rakyat yang mesti dihadapi setiap lima tahun sekali?

Lebih daripada itu, pelaksanaan SOP yang diperketatkan itu, walhal yang dikehendaki rakyat ialah PKP penuh, terlihat lebih banyak caca marba, membingung dan menyusahkan.

Antaranya, sementara farmasi dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam, tetapi penjual burger pula dihadkan boleh meniaga hanya sehingga jam 8 malam.

Tidakkah SOP ini sesuatu yang menyusahkan kerana penjual burger biasanya hanya memulakan perniagaan pada jam 5 atau 6 petang, jadi bagaimana mereka mahu mencari rezeki yang mencukupi dalam tempoh dibenarkan berniaga 2 atau 3 jam saja?

Begitu juga dengan perniagaan dibenar memulakan operasi pada jam 8.00 pagi, tidakkah ini juga menyusahkan peniaga-peniaga nasi lemak kerana mereka biasanya sudah pun memulakan perniagaan seawal 6.30 atau 7.00 pagi lagi.

Jika pukul 8.00 pagi baru dibenarkan beroperasi, siapa nak beli nasi lemak mereka dalam sinar matahari yang sudah mula meninggi dan semua orang yang ke pejabat sudah memulakan kerja?

Sebab itu, sebaik pengumuman SOP yang disebut ketat itu diumumkan, rata-rata warga maya menolak, mempertikai dan mempersendakan kerajaan PN dan Mahiaddin pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Daripada tanda pagar #KerajaanGagal untuk menggambarkan kegagalan kerajaan PN dan Mahiaddin dalam mengurus negara khususnya melawan Covid19 yang trending sebelum ini, penafsiran warga maya terhadap kegagalan itu kini dinaik taraf dengan tanda pagar baru iaitu #KerajaanBodoh.

Ini dengan jelas membuktikan rakyat tidak boleh menerima lagi kerajaan PN untuk mentadbir negara dan kemarahan mereka boleh dikata sudah mencapai kemuncaknya.

Ketika rakyat mahu menumbangkan BN era Najib Razak sebelum PRU14 dahulu pun, ia tidaklah sebegini dahsyat kemarahan mereka.

Trendingnya tanda pagar #KerajaanBodoh ini tidak lain menunjukkan laluan untuk menghalau Mahiaddin dan kerajaan PN sudah dipersiapkan dan hanya menunggu detik dan waktu saja untuk ia dijadikan kenyataan.

Hakikatnya, dengan serangan, kecaman, kebencian dan kemarahan itu sentiasa menunjukkan pola menaik, usahlah Mahiaddin bermimpi untuk kekal lebih lama lagi kerana harapan itu sebenarnya sudah pun tiada.

Shahbudin Husin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER