Nasional

#KerajaanGagal: Zahid, Kalau Kamu Tak Mahu Terpalit, Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pengkhianat…

Kongsikan Artikel Ini

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didesak agar menarik partinya keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang juga jika tidak mahu dipalitkan dengan #KerajaanGagal yang kini dilebelkan kepada Kerajan PN.

“Umno umum lah tarik diri dari menyokong kerajaan PN hari ini. Tunggu apa ni?” kata Zaienal Abidin yang menulis terus kepada Zahid menerusi Facebooknya bagi menjawab rintihan Zahid yang meminta Umno jangan dikaitkan dengan kegagalan Kerajaan PN.

Azhari Mohd pula menulis, “Kalau Umno tak terlibat, paksa menteri Umno letak jawatanlah.”

“Kerajaan PN=Umno,PPBM, Pas. Anggota kabinet PN ramai pemimpin Umno..jika Umno tak setuju takkan boleh buat dasar-dasar negara,” tulis seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muamalat Berjaya.

Zahid dalam postingnya mengaku Kerajaan PN sekarang adalah gagal tetapi tidak mahu Umno turut dipalitkan dengan kegagalan itu.

“Adalah tidak adil apa sahaja kegagalan kerajaan PN cuba dikaitkan dengan parti Umno.

“Gara-gara beberapa Ahli Parlimennya menerima tawaran menganggotai kerajaan PN,” kata beliau dalam posting itu.

Katanya, benar terdapat beberapa Ahli Parlimen daripada Umno sedang menganggotai kerajaan PN.

“Namun ia tidak pernah bermaksud yang parti Umno terlibat dalam menentukan dasar-dasar negara.

“Segala ketetapan untuk negara sebaliknya dibuat sepenuhnya oleh kerajaan PN,” kata Zahid cuba mencari helah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Feb – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini dibubarkan pada 1...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Feb – Semua kerajaan negeri digalak untuk mencalonkan kawasan tanah lembap yang berpotensi sebagai tapak Ramsar yang baharu, kata Menteri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), salah satu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Feb – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli telah menghadiri sesi taklimat mengenai Prospek, Cabaran dan Keutamaan Dasar Ekonomi sempena lawatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version