Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Di Mana Sajat Berada?

Kongsikan Artikel Ini

JOHOR BAHRU, 24 Mei – Polis Johor menafikan usahawan kosmetik yang kini dalam buruan polis, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berada di Johor Bahru.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad berkata, pemeriksaan telah dilakukan di lokasi yang didakwa iaitu di sebuah premis perniagaan terletak di Pusat Komersial Bandar Baru Uda dan sebuah kondominium di Danga Bay pada Ahad.

 

“Bagaimanapun, tiada langsung kelibat Sajat di dua lokasi berkenaan. Saya harap natizen jangan layan sangat isu sebegini. Polis banyak lagi kerja lain lebih-lebih lagi sekarang ini isu Covid-19 lebih penting.

“Kalau nampak depan mata barulah maklumkan kepada pihak polis, jika tiada, tak perlu mereka cerita yang membuang masa dan menyusahkan polis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Keberadaan Sajat di Johor Bahru tular di media sosial berdasarkan gambar yang dikongsikannya di laman Instagram pada Sabtu yang memaparkan lokasi beliau berada iaitu Pusat Komersial Bandar Baru Uda di sini.

Seorang netizen mendakwa, usahawan kontroversi itu dipercayai menetap di salah sebuah kondominium mewah di bandar raya ini bersama pekerjanya.

Menurut netizen tersebut, ia hasil pemerhatian terhadap latar belakang video Tik Tok Sajat yang menyamai reka bentuk kondominium mewah berkenaan.

Pada 26 April lalu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara berkata, Sajat dipercayai berada di luar negara berdasarkan maklumat terkini pihaknya dan usaha mengesan usahawan kosmetik itu sedang giat dilakukan.

Sajat dipercayai bersembunyi selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes beliau tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Presiden Pas itu...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Okt – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan membela diri atas tuduhan pecah amanah jenayah, penyelewengan wang dan pengubahan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 27 Okt – Penyandang kerusi parlimen Pekan, Najib Razak yang kini dipenjarakan, gagal dalam permohonannya untuk dibenarkan hadir di parlimen...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniLABUAN, 25 Okt – Seorang petugas imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4,750. Rafidah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER