Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Bapa Mertua Marsha Meninggal Dunia

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan berkongsi berita pemergian bapa mentua, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60, melalui perkongsian di Instagram (IG), pagi semalam.

Pada hantaran itu, Marsha mengumumkan Mohamed Ismail yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang meninggal dunia, semalam, iaitu bersamaan 10 Syawal.

“Dukacita dimaklumkan bapa mentua tersayang, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman sudah kembali ke Rahmahtullah pada hari ini, Sabtu bertarikh 22 Mei 2021 bersamaan 10 Syawal.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan beriman… Al-Fatihah,” katanya.

Dilaporkan, Allahyarham Mohamed Ismail yang menjadi Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam tempoh lama, dijangkiti COVID-19 ketika berada di ibu negara dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, pelakon, Sharnaaz Ahmad turut berkongsi berita mengenai pemergian Allahyarham Mohamed Ismail yang dianggap umpama bapa sendiri.

“Insan umpama bapa pergi menghadap Ilahi disebabkan COVID-19. Semoga Auntie Linda, Sepol, Sham dan Ayul tabah dan reda dengan ujian yang sangat berat ini.

“Insya-Allah, syurga buat Baba yang sentiasa bantu orang susah, tidak kira apa cara sekali pun. Kami akan merinduimu Baba,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKEMAMAN, 13 Okt – Komposer Wan Zul, 61, yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, di sini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniSEPANG, 4 Okt – Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang di sini, atas pertuduhan memuat naik...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Sep – Gelaran ‘Datuk Seri’ suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu ‘Datuk Seri’ Mahadi Badrul Zaman didakwa palsu. Isu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLOS ANGELES, 29 Sep – Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun, semalam. Menerusi laporan media...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER