Jenayah

Unit Bom Bukit Aman Siasat Letupan

Kongsikan Artikel Ini

KOTA BHARU, 22 Mei – Polis Kelantan meminta bantuan daripada Unit Bom Bukit Aman bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan insiden letupan sebuah kereta dalam kejadian di Persimpangan Kampung Sireh di sini, petang semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata polis juga akan menyiasat bagaimana lelaki yang maut dalam kejadian itu memperoleh bekalan mercun yang begitu banyak.

“Kita akan melakukan siasatan adakah mangsa ejen jualan mercun ataupun sebagai penjual. Berdasarkan rekod setakat semalam, mangsa juga sebelum ini memiliki dua rekod kesalahan jenayah lampau berkaitan kes dadah dan pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Terusan, di sini hari ini.

Semalam, seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya putus dua disyaki akibat daripada letupan mercun yang dibawa di dalam keretanya, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang. Insiden berkenaan melibatkan empat mangsa tercedera serta lima lagi kenderaan turut terbakar dan rosak.

Mengulas mengenai punca kejadian, Shafien berkata berdasarkan maklumat awal ada yang mengatakan kemungkinan mangsa menghisap rokok malah mungkin kenderaan dinaiki mangsa dipanah petir kerana cuaca hujan ketika insiden letupan itu berlaku.

“Justeru, polis memohon kepada mana-mana saksi supaya tampil menyalurkan maklumat,” katanya sambil menambah ia merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di Kelantan setakat ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 28 Jan – Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada pemeliharaan perpaduan antara kaum serta memupuk generasi akan datang tentang kepentingan menjaga...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUANTAN, 26 Jan – Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan membuat dua tuntutan palsu kepada Pertubuhan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 26 Jan – Dato’ Seri Aminuddin Harun memohon agar para peniaga di daerah Port Dickson supaya tidak mengenakan harga barangan dan...

Negeri

Kongsikan Artikel IniKOTA KINABALU, 26 Jan – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan KEADILAN, adalah di...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version