Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Rentas Negeri: 19 Rakyat Asing Ke Mahkamah

Kongsikan Artikel Ini

NILAI, 22 Mei – Seramai 19 warga asing yang ditahan selepas merentasi batu penghadang serta kawad duri yang dipasang pihak berkuasa di sempadan Nilai – Kajang, pada Ahad lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Majisteret pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 42 tahun itu dipercayai datang dari arah Bukit Mahkota Bangi dan bekerja di kawasan perindustrian Arab Malaysia, Nilai.

Katanya, kertas siasatan telah dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan, dan tindakan lanjut pendakwaan akan dilakukan pada Isnin.

“Kesemua tertuduh akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Pada Ahad lalu, jam 8 pagi semasa sepasukan anggota polis membuat operasi pematuhan Covid-19 di kawasan Arab Malaysia-Bukit Mahkota, iaitu kawasan pentadbiran sempadan Nilai-Kajang, terlihat sekumpulan pekerja asing sedang merentasi penghadang batu dan kawad berduri di antara sempadan daerah Nilai-Kajang.

“Kita syaki kesemua individu itu yang datang dari Bukit Mahkota, Bangi telah merentasi batu halangan dan kawad duri yang pihak berkuasa letak di tengah sempadan jalan untuk ke Nilai.

“Tujuan halangan itu diletakkan bagi mengelakkan aktiviti rentas daerah dan negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi daerah sempadan,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER