Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Kluster Changi Mula Hantui Singapura

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 22 Mei – Kemunculan kluster Lapangan Terbang Antarabangsa Changi mencetuskan kebimbangan kepada negara Singapura berikutan 100 jangkitan baharu direkodkan sejak tiga minggu lalu.

Pada 5 Mei lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) negara itu melaporkan seorang mangsa berusia 88 tahun yang juga seorang pekerja kebersihan di Terminal 3 lapangan terbang berkenaan disahkan positif wabak itu.

Antara simptom yang ditunjukkan warga emas itu ialah hidung berair dan batuk sebelum mendapatkan rawatan.

Lelaki itu juga, lapor MOH sudah melengkapkan pengambilan vaksin COVID-19 pada 15 Februari lalu.

Serentak itu, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) dalam kenyataan bersama berkata, siasatan awal yang dilakukan mengesan, kebarangkalian ‘penularan wabak’ itu berlaku dalam kalangan pekerja yang membantu sebuah keluarga dari Selatan Asia.

Keluarga berkenaan, lapor Channel News Asia (CNA), tiba di Singapura pada 29 April lalu dan disahkan positif COVID-19 sebaik ujian dilakukan semasa ketibaan mereka.

Menurut CNA juga, berdasarkan data yang dikongsi MOH, 43 daripada 100 kes yang dikaitkan dengan kluster Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sudah menerima sama ada satu atau dua dos vaksin COVID-19.

Semenjak kluster berkenaan dikesan awal bulan ini, pihak berkuasa telah mengambil beberapa usaha pencegahan termasuk operasi ujian khas selain menutup pintu kemasukan terminal kepada orang awam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER