Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Adakah Chelsea Akan Tercicir Akhirnya?

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 22 Mei – Legenda bola sepak England, Ian Wright memilih Liverpool dan Leicester akan melengkapkan kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris, sekali gus meraih dua slot terakhir ke Liga Juara-Juara pada hari terakhir liga esok.

Bekas penyerang Arsenal itu menjangkakan Chelsea bakal terlepas kelayakan ke Eropah biarpun menghuni tangga ketiga dan memegang kelebihan satu mata ke atas pasukan keempat, Liverpool serta kelima, Leicester dengan mengumpul 67 mata.

“Saya fikir Leicester akan menewaskan Tottenham, Liverpool pula kalahkan Crystal Palace dan Aston Villa mengejutkan Chelsea.

“Kalau kita tengok jaringan-jaringan yang mereka (Chelsea) hasilkan dan tengok kepada peluang yang dicipta, mereka nampak tidak berpeluang.

“Dengan kehadiran Jack Grealish dan Ollie Watkins yang berada pada prestasi terbaik, Villa akan menjadi masalah besar buat Chelsea.

“Apa pun, kita tidak tahu perancangan Thomas Tuchel (jurulatih Chelsea). Yang pasti, Timo Werner (penyerang Chelsea) pasti memasuki perangkap ofsaid beberapa kali,” kata Wright dalam program televisyen Kelly & Wrighty Show.

LIVERPOOL menjadi pilihan untuk melengkapkan slot empat terbaik Liga Perdana Inggeris, sekali gus meraih tiket ke Liga Juara-Juara dalam aksi terakhir esok.

Chelsea akan bertemu Villa di tempat lawan, manakala Liverpool yang menerima kunjungan Crystal Palace di Anfield dan Leicester berdepan Tottenham di Stadium King Power bakal menerima sorakan 8,000 penyokong masing-masing.

Wright percaya, sokongan penonton turut memberi pengaruh besar dalam penutup kempen, dan ini antara sebab Chelsea kurang berkelebihan berbanding Liverpool atau Leicester.

LEICESTER turut memburu slot terakhir Eropah.

Seorang lagi bekas bintang England, Joe Cole pula memilih bekas pasukannya, Chelsea dan Liverpool untuk melengkapkan kelompok empat terbaik.

“Pasukan seperti Chelsea dan Liverpool biasanya tidak akan memburukkan keadaan dalam keadaan genting. Saya percaya mereka akan mengekalkan kedudukan sekarang dengan memenangi perlawanan masing-masing,” katanya. – AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER