Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

4 Cedera, Ambulans Dan Kereta Bertembung

Kongsikan Artikel Ini

KUALA KUBU BHARU, 22 Mei – Empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan kereta di Kilometer 55, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.45 petang.

“Siasatan awal mendapati ambulans berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun bersama dua penumpang masing-masing seorang lelaki dan wanita yang bertugas sebagai pembantu perubatan kesihatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Ketika kejadian itu, ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke Hospital Kuala Kubu Bharu sebelum bertembung dengan kereta dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun yang masuk ke laluannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Arsad berkata, kemalangan itu menyebabkan ambulans berkenaan terbalik.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu ambulans serta dua penumpangnya mengalami cedera ringan, manakala pemandu kereta cedera di kepala serta tangan.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.23 petang.

“Seramai lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan sebuah kereta.

“Anggota bomba membantu membersihkan jalan akibat kemalangan itu menggunakan aliran hos air tangki pam jentera,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER