Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Yusof Haslam Sekeluarga Bebas Covid-19

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam bersyukur apabila keputusan ujian calitan COVID-19 yang dilakukan kelmarin, negatif.

Kata penerbit Skop Productions itu, dia juga lega apabila seluruh anggota keluarganya disahkan bebas COVID-19.

“Saya sekeluarga pergi menjalani ujian calitan selepas menantu, Puteri Sarah Liyana disahkan positif COVID-19. Alhamdulillah, kami semua negatif, termasuk isteri, Syamsul Yusof, anak dan cucu-cucu.

“Malah, Sarah turut menjalani ujian calitan lagi sekali dan sudah disahkan negatif,” katanya kepada BH Online.

Puteri Sarah Liyana bersama suami, Syamsul Yusof dan dua cahaya mata. - Foto Facebook Datin Patimah Ismail
Puteri Sarah Liyana bersama suami, Syamsul Yusof dan dua cahaya mata. – Foto Facebook Datin Patimah Ismail

Bagaimanapun, Yusof berkata, dia merasakan kurang sihat sejak beberapa hari lalu, namun kini sudah beransur sembuh.

“Biasalah, saya sudah berusia 67 tahun, ada juga demam biasa, semalam. Namun, Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya bertambah baik.

“Mujurlah, saya tiada sakit kronik seperti jantung, kencing manis dan sebagainya. Jika ada penyakit kronik, saya risau juga sebab bahaya untuk golongan berusia seperti saya,” katanya.

Ekoran itu, Yusof menasihatkan orang ramai terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kerana COVID-19 tidak mengenal individu.

“COVID-19 benar-benar bahaya, apatah lagi, buat golongan yang berusia seperti saya. Saya hanya ke pejabat dan balik. Tiada nak keluar ke mana-mana pun. Di pejabat pun saya memakai pelitup muka,” katanya.

Rabu lalu, pelakon yang juga isteri kepada Syamsul, iaitu Puteri Sarah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan ketiga.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi laman sosialnya turut memohon maaf kepada sesiapa yang pernah bertemu dengannya sejak 10 Mei yang lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKEMAMAN, 13 Okt – Komposer Wan Zul, 61, yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, di sini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniSEPANG, 4 Okt – Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang di sini, atas pertuduhan memuat naik...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Sep – Gelaran ‘Datuk Seri’ suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu ‘Datuk Seri’ Mahadi Badrul Zaman didakwa palsu. Isu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLOS ANGELES, 29 Sep – Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun, semalam. Menerusi laporan media...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER