Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Bursa Malaysia Terus Menjunam

Peoples hanging in front of Bursa building during the Bursa Malaysia Financial Results announcment at Bursa Malaysia in Kuala Lumpur on JANUARY 29, 2014. Pic HAFZI MOHAMED
Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Bursa Malaysia terus mengalami penurunan ketara hari ini untuk sesi ketiga berturut-turut berikutan sentimen yang terus lemah berhubung perkembangan mengenai pandemik COVID-19.

Pada penutup, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 13.15 mata kepada 1,562.17 daripada 1,575.32 semasa ditutup pada Khamis.

Saham pandu pasaran, yang dibuka rendah 5.89 mata kepada 1,569.43, turun naik antara 1,552.07 dan 1,574.70.

Suasana pasaran secara keseluruhannya turut negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 881 berbanding 330, manakala 386 kaunter tidak berubah, 615 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7.53 bilion unit bernilai RM4.07 bilion daripada 6.74 bilion unit bernilai RM4.57 bilion semasa ditutup pada Khamis.

Saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, TNB tidak berubah pada RM9.90, Maybank merosot tiga sen kepada RM8.24, Public Bank susut lima sen kepada RM4.15, Petronas Chemicals berkurangan empat sen kepada RM7.90, IHH Healthcare merosot lapan sen kepada RM5.20 dan Top Glove susut enam sen kepada RM5.31.

Daripada saham aktif, Focus Dynamics dan LKL International, masing-masing naik setengah sen kepada 6.5 sen dan 40 sen, Sedania Innovator meningkat 30 sen kepada 90.5 sen, MTouche menambah 3.5 sen kepada 43.5 sen dan VSolar susut setengah sen kepada dua sen.


Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 79.44 mata kepada 11,336.03, Indeks FBMT 100 merosot 80.74 mata kepada 11,042.22, FBM ACE naik 22.75 mata kepada 7,624.87, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 98.58 mata kepada 12,608.03 dan FBM 70 turun 58.57 mata kepada 14,536.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 107.66 mata kepada 14,768.0, Indeks Perladangan susut 18.79 mata kepada 6,899.52 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.53 mata kepada 187.30.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 4.24 bilion saham bernilai RM3.08 bilion daripada 3.68 bilion saham bernilai RM3.27 bilion semasa ditutup pada Khamis.

Jumlah dagangan waran susut kepada 336.54 juta unit bernilai RM30.90 juta daripada 341.47 juta unit bernilai RM35.43 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace meningkat kepada 2.95 bilion saham bernilai RM955.16 juta daripada 2.71 bilion saham bernilai RM1.26 bilion pada Khamis.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 768.83 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.32 bilion), pembinaan (169.74 juta), teknologi (631.56 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (82.20 juta), hartanah (387.15 juta), perladangan (71.20 juta), REIT (15.34 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (467.99 juta), penjagaan kesihatan (99.49 juta), telekomunikasi dan media (94.29 juta), pengangkutan dan logistik (106.44 juta) dan utiliti (27.91 juta).

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER