Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Apa Punca Banjir Buruk Di Beaufort?

Kongsikan Artikel Ini

BEAUFORT, 21 Mei – Banjir yang menjejaskan hampir keseluruhan daerah ini akan dibawa ke mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah sebelum dirujuk ke peringkat Kerajaan Negeri.

Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun, berkata pihaknya akan membawa perkara itu bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Situasi banjir kini semakin membimbangkan berikutan paras air semakin naik walaupun keadaan cuaca cerah.

Hasil penelitian, banjir dipercayai berpunca daripada pelepasan air luar biasa dari Stesen Janakuasa Hidro Pangi di Tenom.

“Hampir semua kawasan termasuk Pejabat Daerah Beaufort dinaiki air dan barisan hadapan termasuk pasukan keselamatan dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga tidak dapat menjalankan tugas.

Keadaan banjir ini bukan saja menjejaskan keselamatan penduduk malah keadaan ekonomi juga turut terjejas,” katanya ditemui, hari ini.


Abdul Imam berkata, banjir itu turut menjejaskan 95 peratus kawasan Klias dan Lumadan serta Membakut.

Perkara itu perlu dibincangkan secara serius berikutan masalah ini sudah berlanjutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sementara itu, Abdul Imam berkata, dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) masih dibuka di Beaufort termasuk Dewan DSP Mohd Dun Banir Beaufort dan PPS Taman Selagon bagi menempatkan mangsa banjir.

Beberapa lagi PPS tidak rasmi terpaksa dibuka di kawasan surau serta balai raya sesuai bagi menempatkan penduduk terjejas.

“Jika keadaan bertambah teruk kita jangkakan akan membuka PPS di kawasan selamat bagi menempatkan mangsa banjir di sini,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER