Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Akhirnya Israel Dan Hamas Setuju Gencatan Senjata Selepas 11 Hari Pertempuran

Kongsikan Artikel Ini

Pejuang Hamas dan Zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata berkuat kuasa awal pagi Jumaat waktu tempatan, sekali gus berpotensi menamatkan pertempuran yang berlangsung selama 11 hari.

Perkara itu disahkan jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis.

Kenyataan pejabat Netanyahu berkata, kabinetnya sebulat suara menerima saranan yang diusulkan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata tanpa syarat.

Bagaimanapun, beberapa minit selepas pengumuman itu dibuat, kedua-dua belah pihak tetap meneruskan serangan dengan beberapa roket dilihat terus dilancarkan.

Seorang anggota kabinet Israel mengatakan gencatan senjata itu akan berkuat kuasa jam 2 pagi Jumaat waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia), kira-kira tiga jam selepas pengumuman dibuat.

Di tengah desakan global yang semakin meningkat untuk menghentikan pertumpahan darah di Gaza, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mendesak Netanyahu meredakan ketegangan sementara Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari penyelesaian.

Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi sebelum ini mengarahkan dua delegasi keselamatan ke tanah haram Israel dan Wilayah Palestin untuk berusaha mengadakan gencatan senjata.

Setakat ini, perang sengit antara kedua-dua belah pihak yang bermula 10 Mei itu telah mengakibatkan 232 nyawa rakyat Palestin terkorban, termasuk 65 kanak-kanak.

Angka korban Zionis Israel pula disahkan setakat ini seramai 12 orang dengan ratusan cedera dalam serangan roket Hamas.

Pada Khamis, Biden membincangkan situasi Gaza bersama Presiden Mesir dan White House menyatakan laporan gerakan menuju gencatan senjata adalah positif.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER