Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Ekonomi Negara Di Bawah Kerajaan Haram Semakin Parah, Ribuan Bakal Dibuang Kerja!

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Syarikat penerbangan tambang tak berapa murah, AirAsia X Bhd (AAX) merekodkan kerugian bersih suku tahunan terbesar sebanyak RM5.67 bilion bagi suku yang berakhir pada 31 Mac 2021.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AAX berkata pendapatannya susut 29.6 peratus suku ke suku kepada RM38.49 juta disebabkan kebanyakan armada pesawatnya masih tidak boleh beroperasi sejak April tahun lalu, kesan daripada COVID-19 selain jumlah penerbangan kargo dan sewaan khas yang terhad.

Katanya, kumpulan mencatatkan kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21 bilion pada tempoh dikaji berbanding RM45.06 juta pada suku sebelumnya.

Ini katanya termasuk penyewaan tanah, bangunan dan peralatan, perbelanjaan insurans dan penurunan nilai hutang berjumlah RM337 juta yang berkaitan dengan sewaan dan simpanan penyelenggaraan yang disebabkan oleh usaha sama melalui perantara pajakan pihak ketiga.

“AAX kini sedang berunding dengan pemajak dan pemiutang kerana syarikat penerbangan mengalami impak ketara dengan penangguhan operasi penerbangannya.

“Kumpulan tidak dapat memulakan semula operasi yang dijadualkan sehingga ada terdapat pelonggaran sekatan perjalanan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur.

“Malaysia sendiri akan tetap berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan hingga akhir Ogos, yang secara efektif melarang perjalanan antarabangsa keluar dan masuk, sementara sempadan Australia tetap ditutup dan masih ada sekatan di China, Jepun, India dan Korea Selatan,” katanya.

AAX berkata, bagi mengekalkan kecairan pada masa yang mencabar ini, kumpulan telah meminta penangguhan pembayaran dan konsesi dari pembekal, pemiutang dan pemajak serta mengurangkan perbelanjaan modal.

Pengurangan gaji, katanya telah dilaksanakan di semua peringkat dan jumlah pekerja telah dikurangkan sebanyak 10 peratus dengan merancang pengurangan selanjutnya terutama dalam pekerjaan yang berkaitan dengan operasi penerbangan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 6 Dis – Ringgit dijangka mengakhiri 2022 lebih kukuh kepada sekitar RM4.30 hingga RM4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sebelum...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER