Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Wartawan Bangladesh Berdepan Hukuman Gantung Kerana Dedah Rasuah

Rozina sebelum ini terkenal dengan laporannya yang sering membuat pendedahan rasuah melibatkan kementerian kesihatan dan pihak berkuasa lain.
Kongsikan Artikel Ini
SEORANG wartawan wanita Bangladesh yang sering mendedahkan rasuah dalam kerajaan, berdepan hukuman gantung selepas ditahan polis.
Rozina Islam, wartawan kanan akhbar Prothom Alo didakwa menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam gambar dokumen berkaitan rundingan pembelian vaksin oleh pihak kerajaan, tanpa kebenaran.
Tindakan berkenaan dikatakan dibuat ketika dia sedang menunggu di bilik seorang pegawai yang terlibat dalam proses pembelian vaksin itu.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Rahsia Rasmi.
Tuduhan yang dihadapinya memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan hukuman mati jika disabitkan kesalahan, kata Jawatankuasa Pelindung Wartawan yang berpusat di New York.
Rozina sebelum ini terkenal dengan laporannya yang sering membuat pendedahan rasuah melibatkan kementerian kesihatan dan pihak berkuasa lain.
Laporannya baru-baru ini mendedahkan perbelanjaan berjuta-juta dolar berkaitan pembelian alatan kesihatan bagi membendung COVID-19.
Sewaktu dalam tahanan tidak rasmi melebihi lima jam di bilik pembantu peribadi setiausaha kementerian kesihatan, Rozina didakwa dikenakan gangguan secara fizikal dan mental.
Pada masa sama, kumpulan wartawan di Bangladesh tampil menuntut pembebasannya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER