Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Hiburan

Nabila Sanggup Kuarantin Diri Demi Selamatkan Keluarga

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Pelakon Nabila Huda nekad untuk terus melakukan kuarantin kendiri bagi mengelak dirinya menjadi risiko kepada orang lain selepas dijangkiti wabak Covid-19.

Jelas aktres terkenal itu, dia kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang tidak mengendahkan prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan orang lain boleh menjadi mangsa jangkitan.

“Walau apa pun terjadi, saya memang tak akan melangkah keluar dari rumah ni untuk pergi ke mana-mana.

“Cukuplah, kita (saya) teraniaya disebabkan manusia yang tidak bertanggungjawab,” tulisnya di media sosial.

Sebelum ini, dalam hantaran berbeza anak bekas penyanyi kumpulan rock Search, Amy itu meluahkan kekecewaan atas sikap segelintir individu yang mengambil mudah ancaman jangkitan Covid-19.

Nabila juga mendakwa dia menjadi mangsa jangkitan wabak itu yang berpunca atas kedegilan orang lain.

“Saya ini jenis duduk rumah kalau tak ada keperluan di luar. Justeru kalau tiada sebab untuk keluar, duduklah diam-diam di rumah. Disebabkan degil, orang lain yang tidak bersalah jadi mangsa.

“Kesakitan yang datang berpunca daripada kepentingan diri dan kecuaian orang lain… Ini sudah jadi konsep teraniaya.

“Kerana nafsu dan keseronokan, habis semua yang tiada kena mengena terpalit sama,” katanya.

Untuk rekod walaupun Nabila disahkan positif Covid-19, suaminya Mohd Izwan Johar dan anak, Keisha Laila terselamat daripada jangkitan tersebut.

Sementara itu, Nabila, 36, turut melahirkan rasa syukur memandangkan dirinya semakin pulih selepas mengasingkan diri selama sembilan hari.

Nabila juga berkata, doktor akan datang ke rumah pada hari ini untuk melakukan ujian calitan pada dirinya dan suami.

Pelakon drama siri Covid Oh Covid itu yang pernah berkongsi pengalaman hilang deria bau, batuk dan selsema berkata dia kini berasa badannya kembali segar dan kuat.

“Selamat pagi kawan-kawan. Sedikit kemas kini, hari ini adalah hari kesembilan kuarantin. Saya semakin pulih dan kuat.

“Pagi ini bangun badan rasa segar, saya dah boleh bau dan rasa, tetapi belum 100 peratus lagi.

“Namun, saya masih bersyukur. Emosi pun sudah kembali stabil. Saya boleh rasa kulit saya sudah kembali bersinar,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKEMAMAN, 13 Okt – Komposer Wan Zul, 61, yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, di sini...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniSEPANG, 4 Okt – Pelakon popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sepang di sini, atas pertuduhan memuat naik...

Hiburan

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 29 Sep – Gelaran ‘Datuk Seri’ suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu ‘Datuk Seri’ Mahadi Badrul Zaman didakwa palsu. Isu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLOS ANGELES, 29 Sep – Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Coolio meninggal dunia pada usia 59 tahun, semalam. Menerusi laporan media...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER