Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Misi Balas Dendam Chelsea Termakbul

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 19 Mei – Chelsea di landasan tepat untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas kemenangan penting 2-1 mengatasi pencabar empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris (PL), Leicester City sebentar tadi.

Chelsea berjaya membalas kekalahan 1-0 pada final Piala FA tengah malam Sabtu berdepan Leicester untuk merampas kedudukan Foxes dalam pemburuan empat tempat teratas.

Skuad kendalian Thomas Tuchel memecah kebuntuan pada minit ke-47 apabila Antonio Rudiger menemui gawang hasil sepakan sudut.

Jorginho menggandakan kelebihan Chelsea menerusi penalti minit ke-66 selepas VAR mengesahkan Wesley Fofana mengasari Timo Werner.

Kelechi Iheanacho merapatkan kedudukan buat Leicester pada minit ke-76.


Namun Chelsea bertahan dan emosi berlebihan ditampilkan pada penamat saingan hingga mencetuskan pergaduhan antara pemain dan staf kejurulatihan kedua-dua pasukan.

Chelsea akan menjamin kedudukan ketiga liga jika mereka menewaskan Aston Villa dalam perlawanan terakhir musim ini Ahad nanti.

“Penyokong menghadirkan perbezaan besar. Kepantasan dalam permainan kami, keinginan untuk menang, cita-cita besar. Ia persembahan yang kuat,” kata Tuchel.

“Tugas masih belum selesai dan ia masih dalam genggaman kami. Kami perlukan satu lagi persembahan baik di Aston Villa.”

Selepas merangkul Piala FA buat pertama kali, pasukan tangga keempat Leicester boleh dinafikan kedudukan empat teratas pada hari terakhir buat musim kedua berturut-turut.

Skuad kendalian Brendan Rodgers kini tiga mata di depan pasukan kelima, Liverpool namun skuad Reds boleh berada di atas mereka menerusi perbezaan gol jika menang di Burnley. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER