Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

COVID-19: Menteri Dan Timbalan Tak Takut Langgar SOP, Petanda PM 8 Tidak Dihormati..!

Kongsikan Artikel Ini

Kalau seorang CEO mengumumkan sesuatu peraturan baru bagi syarikat, tentunya pengurusan kanan yang paling taat dalam mematuhinya.

Jika kedapatan ada kakitangan bawahan yang didapati melanggar peraturan itu, ia boleh dikira sebagai perkara biasa saja.

Begitu juga kalau guru besar memperkenalkan peraturan baru untuk sekolah, sudah tentu guru-guru tiada masalah untuk mematuhinya.

Guru-guru malah akan berusaha memastikan agar murid-murid juga dapat mematuhinya,

Begitu pun, adalah lumrah jika ada segelintir murid yang tidak taat dan melanggar peraturan tersebut.

Tetapi, mengapa apabila CEO Malaysia, Mahiaddin Md Yasin mengumumkan perlaksanaan PKP dengan beberapa SOP yang perlu dipatuhi, masih ada di kalangan menteri dan timbalan menteri yang berani melanggarnya?

Sejak PKP 1.0 hinggalah PKP 3.0 sekarang ini, ada saja menteri dan timbalan menteri yang tidak malu-malu dikesan melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan, bahkan sesetengah SOP itu diumumkan sendiri oleh Mahiaddin.

Sehingga ini macam-macam kesalahan telah mereka lakukan – daripada makan beramai-ramai, menghadiri jamuan, tidak memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan sosial, merentas daerah atau negeri, beraya bersama anak menantu, membeli nasi kambing yang disusuli dengan berbual-bual selama sejam dan lain-lain kesalahan lagi.

Bezanya cuma, ada yang dikenakan denda, ada yang masih dalam siasatan dan ada juga yang seolah-olah disenyapkan begitu saja, meskipun berdasarkan gambar-gambar yang tersebar luas di media sosial, bukan saia warga maya yang tahu mengenainya, bahkan malaikait pun lebih maklum mengenai kesalahan mereka itu.

Berdasarkan jumlah menteri dan timbalan menteri yang ada sekarang seramai 72 orang, dengan sekurang-kurangnya sekitar 10 daripada mereka telah dikesan pernah melanggar SOP setakat ini, bermakna anggota pentadbiran kerajaan ini adalah pelanggar SOP paling ramai jumlah jika dikira mengikut nisbahnya.

Berbeza dengan rakyat biasa, jika sekali pun ada 100 atau 200 yang dikompaun melanggar SOP, dikira dengan jumlah penduduk seramai 32 juta, maka nisbahnya masih lagi dikira kecil jumlahnya.

Jadi, tidak malukah mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri ini, sambil dalam masa yang sama menggelar diri mereka sebagai pemimpin, tetapi mereka juga yang paling tinggi nisbahnya melakukan kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan yang mana mereka sendiri adalah anggota pentadbiran kerajaan yang sama?

Sebagai rakyat pula, wajarkah kita menghormati mereka dengan kelakuan tak boleh dicontohi itu?

Apa pun, yang paling penting di sebalik nisbah yang tinggi daripada kalangan menteri dan timbalan menteri melanggar SOP itu, ia adalah isyarat bahawa kedudukan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri sebenarnya langsung tidak dihormati oleh menteri dan timbalan menterinya sendiri.

Jika Mahiaddin benar-benar dihormati, tidak mungkin ada menteri dan timbalan menteri berani melanggar SOP, jauh sekali untuk sesetengahnya melakukan kesalahan tersebut berkali-kali sehingga diviralkan di media sosial.

Dibandingkan dengan pengurusan kanan syarikat yang patuh kepada arahan CEO dan guru-guru yang taat terhadap peraturan diumumkan guru besar, kedudukan Mahiaddin nampaknya jatuh paling lekeh sekali.

Anggota kumpulan kongsi gelap dan mafia pun lebih taat kepada ketua mereka.

Tidak malukah Mahiaddin dengan kedudukan dirinya, sudahlah semakin ramai rakyat tidak menghormatinya, menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya juga ada yang tidak hormat langsung kepadanya?

Macam mana nak dihormati oleh rakyat seramai 32 juta, sedangkan dalam 72 orang pun ada yang tidak mahu mendengar katanya?

Shahbudin Husin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER