Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Covid-19 Makin Kritikal, Bukti #KerajaanGagal

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 19 Mei – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengajak semua pihak bersatu dalam mengharungi detik sukar memerangi Covid-19.

Menurutnya, penglibatan dan kerjasama erat daripada segenap lapisan masyarakat diperlukan di saat penularan Covid-19 yang kian meruncing.

“Diharapkan semua pihak mengambil maklum dengan keinsafan situasi yang melanda negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu

Beliau berkata, selain kes baharu positif Covid-19 tertinggi dilaporkan, bilangan kes kritikal direkodkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan pada Rabu juga adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 559 kes.

“Kumulatif kes kematian seluruh negara pula telah mencecah lebih 2,000 kes kematian iaitu sebanyak 2,040 kes,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster baharu harian juga turut mencatatkan bilangan tertinggi yang pernah dilaporkan iaitu sebanyak 22 kluster.

“Lapan kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, enam kluster keagamaan dan satu kluster pendidikan telah dikenalpasti KKM,” katanya.

Ujarnya, jumlah keseluruhan kluster direkodkan adalah 1,942 dengan 1,426 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 516 kluster lagi masih aktif dan merekodkan pertambahan kes.

Justeru, orang ramai termasuk individu yang telah menerima vaksin dinasihati agar terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan yang ditekankan.

“Elakkan 3S dan amalkan 3W serta patutlah kepada prosedur operasi standard (SOP) sebagai normal baharu kehidupan,” katanya.

Ini sekaligus membuktikan kerajaan haram sekarang terbukti sebuah #KerajaanGagal.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Bermula 1 Januari depan, cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali pada era...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 5 Dis – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan tumpuan segera beliau ialah membantu menyediakan Bajet 2023. Katanya, penyediaan belanjawan itu...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 5 Dis – Rafizi Ramli menafikan dakwaan mengugut untuk ‘mencari’ Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER