Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

13 Kampung Di Besut Kena PKPD

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Sejumlah 13 kampung Mukim Pelagat, Besut, Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD sehingga 2 Jun itu bertujuan mengehadkan pergerakan penduduk, memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan memudahkan ujian saringan secara besar-besaran dalam kalangan penduduk.

Katanya, sehingga semalam sebanyak 199 kes positif COVID-19 direkodkan di semua lokaliti berkenaan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan 1,092 ujian saringan.

“13 buah kampung terbabit adalah Kampung Alor Selinsing, Kampung Bukit Yong, Kampung Tok Motong, Kampung Lak Lok Dalam, Kampung Lak Lok, Kampung Padang Landak, Kampung Padang Luas.

“Kampung Padang Luas Hilir, Kampung Padang Tapong, Kampung Paroh, Kampung Kubang Siam, Kampung Seberang Jerteh dan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Seberang Jerteh.

“KKM juga melaporkan berlaku peningkatan kes amat ketara dengan kadar positif dan kebolehjangkitan amat tinggi di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER