Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Real Madrid Belum Mahu Mengalah

Kongsikan Artikel Ini

MADRID, 17 Mei – Zinedine Zidane ditanya sekali lagi mengenai masa depannya selepas kemenangan tipis 1-0 Real Madrid di Athletic Bilbao awal pagi tadi, kemenangan yang memberikan mereka dua mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid menjelang minggu terakhir La Liga.

Real masih belum mahu mengalah dan penentuan kejuaraan liga akan ditentukan pada perlawanan terakhir kelab masing-masing.

Lagenda bola sepak Perancis itu menafikan dia memberitahu pemainnya bahawa dia akan meletak jawatan sebagai jurulatih Real pada penghujung musim.

Namun Zidane ketika sidang akhbar selepas perlawanan berkata ia tidak benar.

“Bagaimana saya akan memberitahu pemain bahawa saya akan meninggalkan mereka? Ia tidak benar,” katanya.

“Saya fokus terhadap musim ini. Masih ada satu perlawanan lagi dan kami akan berikan apa sahaja. Saya hanya beri perhatian terhadap apa yang berlaku pada saingan penamat ini. Selebihnya kita akan lihat pada penghujung musim.”

Bekas jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri; bekas penyerang Madrid, Raul Gonzalez dan Joachim Loew yang akan meletak jawatan sebagai jurulatih Jerman selepas Kejohanan Eropah disebut sebagai bakal pengganti.

Real disifatkan melalui musim suram ekoran prestasi terumbang-ambing di liga domestik dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER