Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

London Bersedia Protes Anti-Israel

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 17 Mei – Polis Metropolitan London menahan empat orang hari ini kerana didakwa melaungkan cacian dan ancaman anti-Yahudi ketika perarakan penunjuk perasaan pro Palestin.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, berkata lebih ramai polis akan dikerahkan ke kawasan penempatan Yahudi di London bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Ada beberapa perkara kami lakukan untuk meyakinkan warga London, terutama masyarakat Yahudi.

“Setiap kali berlaku ketegangan dan keganasan di Asia Barat, tempiasnya akan terkena pada bandar kami,” katanya ketika mengumumkan ‘pertambahan bilangan polis’ kepada ITV.

Pegawai sedang menyiasat video yang tular di media sosial menunjukkan laungan cacian anti Yahudi dari sebuah kereta di utara London semalam, membawa kepada penahanan empat suspek.

Kereta yang bergerak dalam konvoi kenderaan dihiasi bendera Palestin itu adalah antara beberapa tunjuk perasaan diadakan di serata Britain hujung minggu lalu.

Selain di Britain, tunjuk perasaan turut diadakan di seluruh Eropah bagi membantah serangan terburuk Israel terhadap Palestin sejak beberapa tahun kebelakangan.

Empat suspek lelaki terbabit ditahan kerana disyaki mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Superintendan Jo Edwards, berkata perbuatan seperti itu tidak boleh diterima dan sangat mengejutkan.

Perdana Menteri, Boris Johson, berkata tiada ‘tempat’ bagi sentimen anti Yahudi di Britain, selain mengecam protes terbabit. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniKYIV, 5 Dis – Kira-kira 507 kawasan di lapan wilayah masih tiada bekalan elektrik pada Ahad setelah grid kuasa utama menjadi sasaran...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER