Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Banjir Landa Tenom, Beaufort

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 17 Mei – Sebanyak 57 kampung di daerah Beaufort dan Tenom terjejas banjir pagi ini menyaksikan 55 mangsa daripada 13 keluarga di kedua-dua daerah itu dipindahkan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, 46 kampung terjejas di Beaufort dengan 29 mangsa banjir daripada lapan keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan DP Mohd Dun Banir.

Di Tenom pula, sebanyak 11 kampung terjejas dengan 26 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar setakat  8 pagi tadi.

“Cuaca yang tidak menentu menyebabkan beberapa air sungai di beberapa daerah meningkat dan melimpah di kawasan-kawasan ‘hotspot’ mengakibatkan beberapa jalan dan kampung terjejas turut dinaiki air.

“Beberapa daerah lain turut terjejas dengan kenaikan paras air di beberapa kawasan namun tiada PPS dibuka setakat ini,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Pengursan Bencana Daerah Beaufort ketika dihubungi berkata sebanyak enam sekolah terjejas banjir di daerah itu iaitu Sekolah Agama Negeri Limbawang, Sekolah Kebangsaan (SK) Lago, SK Suasa, SK Bangkalalak, SK Jabang dan Sekolah Menengah St Paul.

Ikuti Telegram Media Rania di: 
https://t.me/MediaRania

Beliau berkata sebanyak empat jalan di daerah itu terputus hubungan dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan iaitu Jalan Kampung Binunuk, Jalan Kampung Balibata, Jalan Simpang 4 Chan Furniture dan Jalan Kampung Kangsa.

Katanya lima lagi jalan hanya boleh dilalui kenderaan berat iaitu Jalan Kampung Suasa, Jalan Kampung Bangkalalak, Jalan Mahkamah, Jalan Kampung Luagan Sanginan, dan Jalan Kampung Berumbai.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Daerah Tenom berkata sebanyak dua sekolah terjejas  banjir di daerah berkenaan  iaitu SK Kalang Kanar dan SK Enubai.

Beliau berkata sebanyak lima jalan terputus hubungan dan air banjir masih tidak surut iaitu Jalan Kalang Kanar, Jalan RTM Tenom, Jalan Bunut, Jalan Pansailon Tanjung dan Jalan Tumantalik.

Kedua-dua jurucakap itu juga memberitahu keadaan cuaca baik, namun air banjir masih bertahan dan tiada tanda surut setakat pagi ini.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER