Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Ancaman Israel: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan – KPN

Kongsikan Artikel Ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan kawalan keselamatan di dalam negara susulan kehadiran ancaman keselamatan oleh Israel.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya memandang serius ancaman itu sambil menasihatkan orang ramai agar bertenang.

“Ini penting berikutan ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Acryl Sani, PDRM akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER