Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Rusuhan #KerajaanGagal : 13 Individu Dibebas, Tujuh Masih Ditahan

Kongsikan Artikel Ini

BATU PAHAT, 16 Mei – Seramai 13 daripada 20 individu yang disyaki terlibat dalam demostrasi jalanan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal‘ di Parit Raja, Batu Pahat pada Khamis dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mereka dibebaskan pada jam 11.30 pagi Ahad, sebentar tadi.

“Sementara baki tujuh individu lagi masih diperlukan untuk membantu siasatan polis. Siasatan masih lagi dijalankan.

“Kes masih belum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya kerana hari cuti, mungkin esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan 20 individu pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam insiden merusuh, membakar suar dan menaikkan kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja yang tular dalam laman sosial.

Kesemua individu berusia antara 16 hingga 28 tahun itu merupakan penduduk setempat dan sebelum itu, pihak polis menerima maklumat orang awam berkenaan kejadian itu pada jam 11.04 pagi Khamis.

Kemudian beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam dan pada jam 7.36 petang Khamis sebelum satu laporan polis diterima.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniISKANDAR PUTERI, 7 Dis – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta bergerak ke depan dan tidak menjadikan institusi diraja...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 7 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Tiada perubahan drastik dijangka dilaksana terhadap program berkaitan pemerkasaan Bumiputera yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 6 Dis – Kementerian Ekonomi akan bekerjasama rapat dengan kementerian lain untuk menyediakan senario dan perancangan bagi memastikan Malaysia meraih pendapatan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER