Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Rejim Zionis Terus Dikecam Antarabangsa

Kongsikan Artikel Ini

GAZA, 16 Mei – Keangkuhan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mengulangi pendiriannya untuk terus menyerang Semenanjung Gaza ‘selagi ada keperluan untuk berbuat demikian’, terus menerima kecaman masyarakat antarabangsa.

Katanya, sikap pergerakan Hamas yang sehingga kini tidak mahu bertolak ansur dan terus melancarkan serangan menyebabkan pihaknya tidak mempunyai pilihan dan terus menyerang kubu pergerakan tersebut.

Terbaharu, serangan udara tentera Zionis menyebabkan sebuah bangunan yang menempatkan organisasi media, runtuh menyembah bumi di Gaza City.

Sehingga kini, jumlah penduduk Palestin yang terkorban meningkat kepada 145 orang termasuk 41 kanak-kanak dan lebih 950 cedera.

Sementara itu, tunjuk perasaan terus berlaku di Tebing Barat dengan lebih ramai penduduk Palestin bertempur dengan pasukan tentera Israel.

Keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin sebenarnya memberi imej buruk terhadap Netanyahu yang terdesak mahu mengekalkan kuasa hingga sanggup membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniBEIJING, 5 Dis – China bersedia untuk mengumumkan pelonggaran lebih lanjut bagi beberapa sekatan Covid-19 yang paling sukar di dunia seawal Rabu...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniNEW YORK, 4 Dis – Kotaraya New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan. Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPADANG BESAR, 3 Dis – Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas landasan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSHANGHAI, 1 Dis – Dua bandar terbesar China, Guangzhou dan Chongqing, mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan COVID-19 bermula semalam. Ini dibuat sehari selepas...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER