Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Polis Siasat Dakwaan Ketua Pengarah Langgar SOP

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Polis sedang menyiasat dakwaan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menghadiri majlis penyampaian sumbangan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri di sebuah universiti awam, Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Mohd Rosdi Daud berkata siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis berikutan artikel yang dikeluarkan sebuah portal berita semalam, berhubung kejadian itu.

Beliau berkata artikel berkenaan mendakwa Husaini melanggar SOP pada majlis yang diadakan di Kolej Kediaman 13 universiti itu.

“Program itu melibatkan kehadiran mahasiswa dan pihak pengurusan universiti berkenaan serta gambar mereka dimuat naik di media sosial,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Rosdi berkata siasatan dilakukan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP PKP yang boleh dikompaun sebanyak RM2,000 ke atas pengunjung dan RM10,000 ke atas penganjur, jika sabit kesalahan.

Kertas siasatan berhubung kejadian itu akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada kadar segera, katanya.

– BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 7 Dis – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan perlu mengambil tindakan segera dan mencari punca kekerapan berlakunya banjir kilat...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 4 Dis – Mesyuarat khas Kabinet yang akan berlangsung esok, dijangka memberi tumpuan khusus pada isu menangani kenaikan kos sara...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai Menteri Ekonomi menggantikan bekas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) komited mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER