Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Pemain Leicester City Zahir Sokongan Terhadap Palestin

Kongsikan Artikel Ini

Pemain tengah England, Choudhury (kiri) dan pertahanan Perancis, Fofana dilihat memegang bendera Palestin.

LONDON, 16 Mei – Pemain Leicester City, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana menunjukkan sokongan buat Palestin selepas menang Piala FA awal pagi tadi.

Pemain tengah England, Choudhury dan pertahanan Perancis, Fofana dilihat memegang bendera Palestin.

Choudhury meletakkan bendera di bahunya ketika dia mengambil medal kemenangan selepas menewaskan Chelsea 1-0.

Ribuan penyokong memberi sokongan buat Palestin semalam di bandar utama Eropah termasuk London, Berlin, Madrid dan Paris, ketika keganasan memuncak antara Israel dan militan di Gaza.

Pemain Leicester, Hamza Choudhury (kiri) antara pemain yang memberikan sokongan buat Palestin selepas pasukannya menang Piala FA awal pagi tadi. - EPA
Pemain Leicester, Hamza Choudhury (kiri) antara pemain yang memberikan sokongan buat Palestin selepas pasukannya menang Piala FA awal pagi tadi. – EPA

Hantaran di media sosial pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny juga menunjukkan dia menyokong rakyat Palestin.

Pemain Mesir itu memuat naik di akaun Twitter: “Hati dan jiwa saya menyokong anda Palestin.” – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 14 Sep – Tandukan minit ke-89 Joel Matip memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Ajax dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 12 Sep – Pertembungan berprofil tinggi Liga Europa, Arsenal dan PSV Eindhoven ditangguhkan berikutan kekurangan anggota keselamatan yang terlibat persediaan pengebumian...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Sep – Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (PL) iaitu divisyen utama di England, hujung minggu ini, ditangguhkan untuk menghormati kemangkatan...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 8 Sep – Chelsea mahukan Graham Potter berada di kerusi pengurus bagi aksi menentang tetangga London, Fulham Sabtu ini. Bos Brighton...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER