Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Masjid Kariah Senawang Ditutup Seminggu

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 16 Mei – Masjid Kariah Bandar Baru Senawang (BBS) di sini, diarah tutup selama tujuh hari mulai semalam berikutan seorang pegawai masjid itu disahkan positif COVID-19.

Pengerusi masjid berkenaan, Shariman Azeze, mengesahkan arahan penutupan dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) atas nasihat Pusat Kesihatan Daerah (PKD), berkuat kuasa 15 hingga 22 Mei ini.

Katanya, penutupan sementara itu bagi memberi ruang pihak berkuasa mengesan kontak rapat kepada pesakit terbabit.

“Namun, kerja-kerja sanitasi masjid sudah pun dilakukan pada pagi Sabtu sebaik sahaja mendapat makluman mengenai kes berkenaan yang dimaklumkan ketika solat Subuh.

“Seramai 20 pegawai masjid termasuk sukarelawan yang bertugas di masjid ini telah menjalani ujian calitan COVID-19 dan keputusannya adalah negatif. Ada beberapa lagi masih menunggu keputusan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jemaah lain yang datang ke masjid terbabit tidak perlu panik kerana keadaan masih terkawal, namun mereka yang mungkin berhubung rapat dengan pesakit berkenaan dinasihatkan supaya membuat ujian calitan sebagai langkah keselamatan.

“Tidak ada keperluan untuk semua jemaah yang hadir ke masjid ini membuat ujian calitan, kontak rapat sahaja kita nasihatkan buat,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai salah seorang jemaah masjid di kariah berkenaan disahkan positif COVID-19, sekali gus semua jemaah yang hadir pada solat Jumaat kelmarin, diminta membuat ujian calitan.

Tinjauan di masjid itu hari ini mendapati pintu pagar ditutup rapat dan terdapat tali kuning keselamatan dipasang pada pintu pagar, manakala notis JHEAINS mengenai penutupan masjid turut ditampal pada tembok pintu utama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER