Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

KDN Pandang Serius Ancaman Keselamatan Oleh Israel Terhadap Pemimpin Palestin Yang Tinggal Di Malaysia, Akan Tingkatkan Kawalan Keselamatan

Kongsikan Artikel Ini
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.
KDN juga menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik.
Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER