Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Hasrat West Ham Buru Liga Juara-Juara Musnah

Kongsikan Artikel Ini

LONDON, 16 Mei – Harapan West Ham United bagi mengisi slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan berakhir selepas seri 1-1 berdepan Brighton and Hove Albion awal pagi tadi manakala Leeds United membelasah Burnley 4-0 di Turf Moor dalam saingan dibayangi pergaduhan antara Ezgjan Alioski dan Dwight McNeil.

Skuad Hammers kini ketinggalan lima mata di belakang empat pasukan teratas berbaki dua perlawanan selepas dua gol lewat di Stadium Amex.

Gol Danny Welbeck memberikan gol pembukaan buat Brighton hanya enam minit sebelum tamat permainan dengan pelawat cuba mencari gol kemenangan.

Pemain gantian Said Benrahma menyamakan kedudukan yang juga gol pertamnya dalam Liga Perdana tiga minit kemudian, namun satu mata dipungut meletakkan skuad kendalian David Moyes masih di tangga keenam.

“Ia jelas teruk kerana kami menyasarkan Liga Juara-Juara,” kata pemain tengah West Ham, Declan Rice yang kembali selepas cedera.

“Kami tidak boleh bergantung kepada pasukan lain untuk tewas. Kami perlu bermain dan menang. Kami terlalu banyak seri dan kalah sedikit.”

West Ham bernasib baik kekal di liga utama musim depan pada perlawanan terakhir namun memberikan cabaran hebat untuk tempat ke Eropah dan masih boleh bermain dalam Liga Europa jika menang dua perlaewanan terakhir mereka. – AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBIRMINGHAM, 7 Nov – Erik ten Hag menganggap kekalahan 3-1 Manchester United kendaliannya di tangan Aston Villa adalah sesuatu yang tidak boleh...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 2 Nov – Liverpool menamatkan deretan 21 perlawanan tanpa kalah Napoli tetapi tidak cukup untuk memintas pendahulu Kumpulan A Liga Juara-Juara...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 31 Okt – Reiss Nelson tampil cemerlang ketika membantu Arsenal kembali menerajui Liga Perdana Inggeris (PL) dengan membelasah Nottingham Forest 5-0....

Sukan

Kongsikan Artikel IniAMSTERDAM, 27 Okt – Liverpool mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga jaringan pantas memastikan Reds selesa membenam...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER