Politik

Ummi Hafilda Akan Dedah Penipuan Azmin

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ummi Hafilda akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes dakwaan perlanggaran SOP PKP Aidilfitri abangnya, Mohamed Azmin Ali yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, turut akan dipanggil ialah ahli keluarga wakil rakyat itu dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di kediaman beliau

Katanya, beberapa orang saksi lain juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Jelasnya, polis menerima laporan pada jam 3 petang Jumaat lalu berkenaan hantaran dalam Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Ia berhubung dakwaan ahli keluarga Mohamed Azmin merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

“Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei 2021 (Khamis) lebih kurang jam 8 pagi di kediaman rasmi Mohamed Azmin di Presint 10, Putrajaya.

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan ahli keluarga Mohamed Azmin yang mendiami kediaman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, berdasarkan keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi tersebut juga mengesahkan pada 13 Mei lalu, tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti didakwa Facebook yang tular di media sosial.

“Datuk Seri Mohamed Azmin serta ahli keluarga, anggota PGA yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi lain akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Semalam, Ummi Hafilda mendedahkan Mohamed Azmin didakwa melanggar SOP ketika menyambut 1 Syawal dengan memuatnaik gambar keluarga, bersama menantu dan cucunya, semalam.

“Rakyat marhaen pergi kubur, rentas daerah pun tak boleh, yang hang anak-beranak menantu cucu dok ramai ramai sambut raya boleh pulak min.tang mana anak menantu hang dok sekali? Sejak bila min oii?

“Hang jangan macam-macam min (Azmin)…rakyat panas hati. Hang balik Saudi pun tak kuarantin. Hang kebal sgt ka? Hang cucuk vaksin ketum kaa?

“Jangan dok buli dan perbodohkan rakyat dengan SOP dwi standard kayangan dan marhaen. Hang jangan ingat orang di bawah ni tuli pekak buta dan bisu…

“Sat ni aku londeh perhabis baru hang tau..PRU15 confirm lah hang bungkus min kalau mcm ni cara hangpa dok buli n kencingkan rakyat..sebab tu hang dok intai Batu Pahat kan sebab Gombak pun tak mau hang lagi lah,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Semalam, Mohamed Azmin mendakwa gambar bersama keluarga itu sebenarnya perjumpaan secara maya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Khamis lalu.

Mohamed Azmin turut memuat naik empat keping gambar di Facebook miliknya bagi membuktikan ia sekadar perjumpaan secara maya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSUBANG JAYA, 31 Jan – Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh negara menyifatkan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan siap masak...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sebanyak 121 kemalangan maut direkodkan di seluruh negara sepanjang Op Selamat 19 sempena sambutan Tahun Baharu Cina...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 31 Jan – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 (SHWP 2023) akan memberikan fokus kepada program kesejahteraan dan kebajikan yang berterusan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER

Exit mobile version