Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Polis Terima Laporan Dakwaan Azmin Langgar SOP

Kongsikan Artikel Ini

PUTRAJAYA, 15 Mei – Polis akan memanggil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan ahli keluarga Ahli Parlimen Gombak itu merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, turut akan dipanggil ialah ahli keluarga Mohamed Azmin, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali.

 

Menurutnya, beberapa orang saksi lain juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Mohd Fadzil berkata, polis menerima laporan pada jam 3 petang Jumaat berkenaan hantaran dalam Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Ia berhubung dakwaan ahli keluarga Mohamed Azmin merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mana kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

“Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei 2021 (Khamis) lebih kurang jam 8 pagi di kediaman rasmi Mohamed Azmin di Presint 10, Putrajaya.

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan ahli keluarga Mohamed Azmin yang mendiami kediaman tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi tersebut juga mengesahkan pada tarikh 13 Mei 2021 (Khamis), tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti didakwa dalam hantaran Facebook yang tular di media sosial.

“Datuk Seri Mohamed Azmin serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi lain akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan pengguna media sosial berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER