Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

PKPB Di Sarawak Dilanjut Hingga 7 Jun 2021

Kongsikan Artikel Ini

KUCHING, 15 Mei – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu untuk tempoh tiga minggu lagi.

Menurut JPBN Sarawak dalam kenyataannya pada Sabtu, tarikhnya dilanjutkan dari 18 Mei hingga 7 Jun 2021.

Ujar JPBN Sarawak, pelanjutan ini selaras dengan situasi kes positif COVID-19 yang dilihat masih tinggi hingga ke hari ini.

“Maklumat tambahan lengkap berhubung garis panduan (SOP) lanjutan PKPB akan dipaparkan di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN Sarawak turut melaporkan pertambahan 324 kes baharu COVID-19 dengan sejumlah 237 kes dikesan di Miri, Bintulu, Sibu dan Kapit.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Miri (146), Bintulu (36), Sibu (33), Kapit (22), Selangau (16), Pusa dan Kuching (13).

“Manakala Saratok dan Mukah (10), Beluru (5), Belaga serta Subis (3).

“Bakinya dua kes direkodkan di Sri Aman, Matu, Pakan, Sebauh, dan Sarikei.

Bukit Mabong, Betong, Meradong dan Song pula masing-masing merekodkan satu kes,” Jelas JPBN menerusi kenyataan sama.

Penambahan kes-kes baharu di daerah di Sarawak ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 37,978 kes, dedah JPBN Sarawak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 24 Sep – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan terus mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Sijil Audit Negara pada hari yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniREMBAU, 23 Sep – “Kali terakhir seorang Menteri Besar menjejakkan kaki ke kampung ini adalah pada 45 tahun lalu”. Itulah ayat pertama...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBATU PAHAT, 23 Sep – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 21 Sep – Berita baik buat semua penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila rundingan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER