Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Bantahan ‘Kerajaan Gagal’: PH Johor Tawar Bantuan Guaman Percuma

Kongsikan Artikel Ini

PH Johor juga menggesa kerajaan segera membuka parlimen dan DUN Johor agar isu-isu dapat dibahaskan dan dasar-dasar yang membantu rakyat dapat dilaksanakan.

“Pada masa yang sama, PH Johor akan menawarkan khidmat guaman probono kepada mereka yang didakwa terlibat dengan insiden Parit Raja bagi membantu menghadapi saat sukar ini,” katanya lagi.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Pengerusi Amanah Joho Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor Senator Liew Chin Tong.

Tanda pagar #KerajaanGagal menjadi sohor di media sosial sejak bulan lalu menyasarkan Putrajaya yang didakwa gagal menangani wabak Covid-19 dan isu-isu lain.

Pada malam menyambut Syawal, sekumpulan pemuda telah menghalang sebahagian jalan raya di Parit Raja, di Jalan Batu Pahat-Kluang.

Mereka kemudian menyalakan suar dan membakar mercun.

Mereka juga memegang sepanduk bertuliskan “Kerajaan Gagal.”

Video kejadian itu telah banyak ditonton dan dikongsi.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah, rata-rata pemuda yang ditangkap berumur di antara 16 hingga 28 tahun dan merupakan penduduk setempat.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 144, 269, 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342) serta juga Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan.

Siasatan lanjut masih dijalankan, katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 23 Sep – Presiden Umno yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER