Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar Berjaya Kumpul RM500 Ribu Untuk Rakyat Palestin

Kongsikan Artikel Ini

Catatan terbaharu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu pihaknya telah berjaya mengumpul RM500 ribu buat rakyat Palestin – Foto: Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Kerajaan negara Islam digesa bangkit menentang kekejaman Zionis Israel dan pada masa sama menggerakkan bantuan kemanusiaan ke bumi Palestin.

Seruan itu dibuat Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu keadilan di bumi Palestin dilaksana dan dipertahankan.

“Saya seru supaya ia menjadi pengajaran kepada pemerintah dan kerajaan dunia Islam yang malap, lemah dan tidak ada kekuatan serta keberanian melakukan sesuatu, untuk mempertahankan keadilan di negara mereka dan umat di Palestin,” ujar Anwar dalam muat naik video di akaun media sosial miliknya.

Jelas beliau, situasi ketika ini menunjukkan bahawa usaha menyelamatkan Palestin tidak boleh diharapkan kepada badan dunia lantaran kelemahan negara Islam itu sendiri.

“Negara Barat mengambil sikap yang sangat hipokrit, bertentangan dengan nilai kemanusiaan.

“Mereka membantah ketuanan kulit putih, Aparteid, tetapi tidak dalam isu ini. Jadi, kita (negara Islam) harus bertindak,” katanya.

Sementara itu, dalam kemas kini kutipan dana untuk kebajikan rakyat Palestin, Anwar berkata, dalam tempoh 24 jam, pihaknya dapat mengumpulkan sebanyak RM500,000.

“Lantaran keadaan terdesak di Semenanjung Gaza, kami telah mengirimnya dengan segera kepada mereka.

“Mengharapkan ia dapat memberi kelegaan kepada para penduduk yang terkesan dan membantu kebajikan mereka,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menggesa pertubuhan tempatan serta komuniti antarabangsa untuk segera menghulurkan bantuan semampu yang mungkin dalam membela warga tertindas di sana.

Penghantaran sumbangan telah diserahkan serta-merta tanpa perlu menunggu karenah birokrasi kerana rakyat Palestin amat memerlukan bantuan segera.

Difahamkan kelengkapan hospital dan perubatan semakin terhad dan bantuan segera ini dapat membantu meringankan kesengsaraan mereka akibat dizalimi rejim Zionis Israel.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 25 Sep – Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti daripada Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKANGAR, 25 Sep – Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam keadaan paling sesuai dengan mengambil kira...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 25 Sep – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akar umbi parti itu boleh menjadi “lemah semangat” jika Pakatan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 24 Sep – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) sukar melakukan reformasi ketika mentadbir 22 bulan di bawah...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER