Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

‘Tiada Lagi Makan Di Luar Di Singapura’

Kongsikan Artikel Ini

SINGAPURA, 14 Mei – Kerajaan Singapura akan mengehadkan jumlah perkumpulan sosial kepada dua orang berbanding lima orang sebelum ini, berikutan peningkatan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Menteri Pendidikan Singapura, Lawrence Wong, berkata langkah itu dan beberapa peraturan lain dilabelkan Kementerian Kesihatan sebagai Fasa 2 (peringatan tertinggi) yang akan diadakan bermula Ahad ini hingga 13 Jun.

Bercakap pada sidang media pasukan khas pelbagai kementerian hari ini, beliau berkata ia akan dilaksanakan secara menyeluruh, lapor agensi berita Channel News Asia (CNA).

“Jika anda mahu membeli sesuatu, membeli-belah barang keperluan, bersenam hanya dibenarkan dua orang sahaja.

“Malah kita menyarankan semua orang berada dalam rumah dan hanya keluar jika mempunyai urusan penting sahaja.

“Kita juga akan membuat penilaian dalam pertengahan tempoh ini, bermakna dua minggu selepas langkah ini dilakukan dan kita akan lihat situasi kesihatan awam untuk disesuaikan tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong pula berkata, kerajaan dalam peringkat mengambil langkah berjaga-jaga yang tertinggi dan menggesa rakyat meminimunkan interaksi sosial tidak perlu.

“Kita harus bertindak tegas untuk mengelakkan penularan virus COVID-19. Kita akan memperketatkan langkah-langkah pengurusan yang selamat dalam komuniti.

“Semua aktiviti makan dalam restoran dan kedai tidak dibenarkan dan perkhidmatan makan dan minum (F&B) pula sekadar boleh menyediakan cara pembungkusan dan penghantaran sahaja.

“Ini termasuk pusat penjaja dan medan selera di dalam bangunan atau terbuka. Majlis respsi perkahwinan juga tidak dibenarkan kerana ia membabitkan jamuan dan perhimpunan dalam premis.

“Bekerja di rumah akan diutamakan. Kunjungan ke rumah dikurangkan kepada dua orang daripada lima orang. Pertemuan sosial tidak lebih dari dua orang sehari sama ada berkunjung ke rumah, rakan atau keluarga di tempat umum,” katanya.

Beliau juga berkata, aktiviti yang memerlukan pelitup muka ditanggal seperti rawatan muka di spa juga tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan kesihatan dan pergigian. – AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPHNOM PENH, 22 Sep – Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Sep – Pemimpin seluruh dunia mengecam tindakan Presiden Vladimir Putin yang mengarahkan kerahan tentera ke Ukraine serta memberi amaran bahawa...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniYANGON, 21 Sep – Junta hari ini memberi amaran kepada orang awam di Myanmar supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniMEXICO CITY, 20 Sep – Ia sepatutnya hanya latihan, namun siapa sangka kejadian sebenar berlaku. Itulah yang berlaku ke atas penduduk bandar...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER